Kim Nam Gil akui diri tak beragama (‘atheis’) & berhati-hati dalami ajaran Kristian Katolik demi lakonan

Drama SBS The Fiery Priest sudah pun selesai bersiaran pada minggu lepas lagi. Kim Nam Gil mengadakan temuduga bersama wartawan News 1 berhubung lakonannya sebagai paderi Katolik di dalam drama tersebut.

Ditanya adakah dia berasa sukar untuk membawakan watak paderi tersebut jika dibandingkan dengan mereka yang pernah melakonkannya di dalam filem, Kim Nam Gil secara berseloroh , “Hahahaha…Saya telah buat kali cubaan untuk elakkan perbandingan itu. Adegan parodi itu terjadi dengan baik sekali, seperti ‘Matrix’ dan ‘Batman’ . Baju saya pakai pun macam mantel, sesuai dengan musim dan kena pula dengan adegan itu.”

Baca lagi : Temuduga eksklusif : “Mereka kata Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HaHaHa” – Kim Nam Gil berseloroh tentang ‘responds’ penonton

Kim Nam Gil juga mengaku bahawa dia ialah atheis walaupun pernah ke tokong Buddha dan gereja beberapa kali semata-mata untuk mendalami ilmu lakonan. “Saya tiada agama tetapi semasa saya melakukan penggambaran filem “Strange Family” , saya akan ‘menyembah’ sebanyak 108 kali tanpa tinggal satu pun sehari. Sehingga sami tanya apa jenayah saya buat sampai saya ‘bertaubat’ begitu. Kemudian, saya pergi ke gereja Katedral sebagai paderi Katolik setelah dinasihati ayah. Jika berbuat sesuatu yang salah, maka kita patut salahkan diri sendiri kerana membenci seseorang menyebabkan kita kehilangan tenaga. Tetapi, apabila pertama kali terdengar gereja, saya berasa sangat skeptikal kerana saya ingatkan tiada bedanya antara agama. Saya kena tahu macammana nak sebut ‘tuhan’ kerana takut akan bagi maksud berbeza, ” katanya lagi.

Baca lagi : Search Drama SBS The Fiery Priest akan bersambung kembali untuk musim ke-2 nanti

Diajukan apakah perasaannya apabila tercalon Best Actor Baeksang Art Awards baru-baru ini, Kim Nam Gil berkata dia sedikit terharu kerana jauh sekali pernah dinominasikan untuk mana-mana majlis anugerah meskipun sudah bekerja keras untuk filem ‘Priest’. Jika memenanginya, Kim Nam Gil berkata ia adalah hasil kerja kerasnya selama ini.

Kim Nam Gil akan berehat sebentar daripada mengambil sebarang projek seterusnya bagi memulihkan kecederaan berlaku ketika penggambaran beberapa minggu yang lalu.

Sumber : news 1 , chosun ilbo

loading...