Ji Chang Wook akui pernah terserempak dengan Nam Ji Hyun di kem askar dan minta dia tengokkan skrip

Hari ini, Ji Chang Wook telah pun bebas daripada menjalani latihan khidmat ketenteraan sejak menyertainya pada 14 Ogos 2017 lalu. Ji Chang Wook yang keluar daripada kem askar pagi tadi disambut meriah oleh ribuan peminatnya yang tak sabar-sabar menanti kemunculannya semula di dalam industri hiburan.

Ditanya apakah perasannya, Ji Chang Wook menjawab , ” Saya tak tahu apa yang saya rasai sekarang. Mungkin keesokan hari kot. Tapi, sekarang saya nak makan nasi yang sedap.”

Ji Chang Wook menamakan rakan selebritinya, Nam Ji Hyun, orang yang dipercayainya untuk membantunya memilih skrip terbaik untuk projek drama atau filem yang seterusnya. “Ketika Nam Ji Hyun adakan persembahan muzikal di kem askar, saya sempat menjenguknya. Saya minta Nam Ji Hyun tengokkan skrip. Dia pandai memilih,” kata Ji Chang Wook memuji kemahiran yang dimiliki bekas pasangannya itu di dalam drama SBS Suspcious Partner. Kedua-duanya pernah menerima pencalonan Couple of The Year di dalam 5th CARI Kdrama Awards.

Ji Chang Wook sedang mempertimbangkan dua projek drama iaitu ‘City of Stars’ dan tvN ‘Melt Me’ untuk kekembaliannya semula di dalam dunia lakonan, masing-masing untuk watak angkasawan dan watak lelaki yang dibekukan selama dua puluh tahun sebelum dihidupkan semula.

Sumber: OSEN , IS Plus

 

loading...