Im Si Wan ‘diserang’ netizen kerana mengambil cuti berlebihan semasa jalani khidmat tentera dahulu

Im Si Wan, pelakon dan juga idol daripada kumpulan ZE:A diserang netizen hari ini kerana mengambil cuti melebihi apa yang dibenarkan untuk seseorang yang menjalani khidmat tentera.

Menurut satu sumber terdekat, Im Si Wan telah mengambil cuti sebanyak 123 hari, melebihi 2.08 kali ganda yang lazimnya dibolehkan ke atas seseorang yang berkhidmat dalam ketenteraan. Peraturan ketenteraan itu juga jelas tentang berapa banyak cuti yang dibenarkan buat pelatih tentera. Sejurus pendedahan tersebut, netizen mempersoalkan kewajaran Im Si Wan menggunakan cuti berlebihan untuk tujuan peribadi kerana beliau sebagai idol tak sepatutnya berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, agensi Im Si Wan, Plum Actors menafikan spekulasi Im Si Wan diperuntukkan cuti berlebihan kerana sikap pilih kasih tentera terhadapnya. “Sewaktu di dalam khidmat tentera, sebanyak 123 hari cuti dihabiskan termasuklah cuti sakit, cuti berehat semasa sukan musim sejuk Pyeongchang dan cuti untuk pelatih tentera. Sekiranya pelatih baru memasuki kem latihan selama lima minggu, mereka akan diberikan cuti sebanyak 40 hari. Ia juga sudah disahkan bahawa Im Si Wan menerima 100 hari cuti lagi berdasarkan saranan daripada cikgu-cikgu pelatih di atas pencapaian yang hebat dibuatnya semasa mengabdikan diri di sana. Walaupun Im Si Wan menerima cuti berlebihan, beliau tak pernah sesekali menerima layanan berat sebelah menjangkaui apa yang dibenarkan di dalam peraturan ketenteraan, ” kata jurucakap agensi tersebut.

Im Si Wan yang baru saja dibebaskan pada 27 Mac lalu, kini sedang dalam proses untuk menjalani penggambaran drama OCN The Strangers From Hell bersama Lee Dong Wook yang akan ditayangkan sekitar bulan September ini.

Sumber: chosun ilbo

loading...