BTS termaktub sebagai artis Kpop pertama meraih 5 billion ‘streams’ di Spotify

Spotify mengumumkan BTS sebagai artis Kpop pertama berjaya raih lima billion penstriman (“streams”) dan juga artis kelahiran Asia pertama yang mencapai rekod berkenaan. Malah, dengan pengeluaran album MAP OF THE SOUL: PERSONA  dan single ‘Boy With Luv’ bermula semalam, bilangan penstriman dijangka akan meningkat saban hari lagi.

Oleh demikian, sempena meraikan sokongan peminat dan pelancaran album terbaru, BTS telah mengadakan ‘playlist’ Spotify sendiri mengandungi lagu-lagu kegemaran mereka dan ianya dinamakan sebagai ARMY. BTS dijangka akan memutarkan pilihan lagu remaja mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Teen Party Spotify dalam masa seminggu saja lagi untuk pendengaran peminat.

Sebelum ini, BTS telah pun mencatat rekod sebagai artis Kpop pertama yang mempunyai penstriman terbanyak di Spotify menerusi single mereka, ‘Fake Love’. Selain mempunyai lebih 10 juta pengikut di Spotify saja, dan BTS juga merupakan kumpulan kpop yang paling banyak meraih penstriman di Spotify Malaysia.

Sumber: Spotify Malaysia

loading...