Son Hyun Joo, Nana & Choi Jin Hyuk bakal dipertemukan untuk drama ‘thriller’ pasal guaman, KBS Justice

Drama terbaru KBS bergenrekan guaman, ‘Justice’ telah mengesahkan Nana sebagai pelakon utamanya dan beliau akan digandingkan bersama dengan Son Hyun Joo dan Choi Jin Hyuk.

KBS Justice yang diadaptasikan daripada novel web dengan tajuk yang sama karangan Jang Ho, berkisarkan tentang seorang peguam hebat bernama Lee Tae Kyung, yang bakal dilakonkan oleh Choi Jin Hyuk mempunyai statistik kemenangan tinggi di mahkamah kerana mempunyai kemahiran orator yang hebat selain ingatan menakjubkan. Lee Tae Hyuk menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan golongan bangsawan sebagai kliennya. Antaranya klien utamanya ialah Song Woo Yong (Son Hyun Joo), seorang pemilik syarikat pembinaan terkemuka. Asalnya, Lee Tae Kyung hanya mahu mencari keadilan buat adik perempuannya tetapi wang ringgit dan pangkat seakan-akan telah mengaburi dirinya selama ini.

Namun, apabila terjadinya satu kes melibatkan sebilangan pelakon yang hilang tiba-tiba, Lee Tae Kyung tak lagi berdiam diri dan dia akhirnya mengesyaki bahawa Song Woo Yong terbabit dalam kes kehilangan tersebut.  Lee Tae Kyung bekerjasama dengan Detektif Seo Yeon Ah (Nana) yang bekerja di Jabatan Polis Seoul Central District.

Nana sedang membintangi drama OCN Kill It bersama Jang Ki Yong manakala ia merupakan drama susulan Choi Jin Hyuk selepas SBS The Last Empress. KBS Justice akan mendapatkan sutradara Jo Woong dan penulis skrip Jung Chan Mi (‘KBS School 2017’) dan dirancangkan tayangannya pada Julai 2019 selepas KBS Dan, My Love selesai disiarkan.

Sumber: yna

loading...