Temubual Korean Unnie bersama KARD : Big Matthew tiba-tiba panggil Somin ‘tteokbokki’ , kek beras merah.

Korean Unnie, ‘social media influencer’ terkenal giat mengajar bahasa Korea menerusi platform Youtube. Beliaui banyak berkongsi tentang budaya Korea daripada kedai karaoke, kedai buku dan banyak lagi di laman Youtube mereka. Cuba lihat dan ikuti Korean Unnie di Youtube.

https://www.youtube.com/channel/UCcA88_Z7wQWMoQ9bKwjuanA

Untuk pengetahuan anda, KARD yang kembali lagi dengan lagu baru mereka iaitu ‘Bomb Bomb’. Dengan mendengar tajuknya sahaja, sudah dapat kita teka bahawa lagu ini bakal meletup. Ada tak yang rindukan KARD setelah mereka pernah datang sendiri ke Malaysia pada November lepas untuk Konsert Lazada 11.11 Super Show? Pastinya, rindu kalian bakal terubat dengan ‘comeback’ mereka.

Baca lagi : KARD berjaya realisasikan impian peminat di Malaysia!

Bagi mempromosikan single terbaru mereka, Korean Unnie juga telah berjaya menemubual KARD di platform Youtube, Korea Now untuk  menyelongkar rahsia di sebalik ‘Bomb Bomb’. Dalam temubual ini, B.M memanggil Somin sebagai ‘tteokbokki’ iaitu makanan snek korea yang berwarna merah kerana Somin berpakaian set merah untuk ‘comeback’ kali ini. Selain itu, B.M dan J.Seph saling memuji ketampanan masing-masing. Sudah pasti penampilan kedua-duanya yang kacak bergaya dan mempunyai kelebihan masing-masing telah membuatkan peminat mereka tak senang dudul.

Cepat tengok video temubual mereka dan dengar ‘Bomb Bomb’ supaya hari anda sentiasa bersemangat dan bertenaga.

Sumber: Korean Unnie

loading...