Lee Jong Suk sah bintangi drama komedi romantik pertamanya – tvN “Romance Supplement”

Akhirnya terjawab sudah. Lee Jong Suk akan kembali muncul di skrin TV anda tidak lama lagi.

Pada 28 September, Lee Jong Suk telahpun mengesahkan akan membintangi drama terbaru tvN – “Romance Supplement”. Ini merupakan pertama kali beliau memilih genre komedi romantik setelah lapan tahun berada dalam industri lakonan.

“Romance Supplement” akan menceritakan kehidupan pekerja di sebuah syarikat penerbitan. Lee Jong Suk akan melakonkan watak sebagai Cha Eun Ho, seorang penulis hebat yang juga merupakan editor paling muda di syarikat itu.

Drama ini akan ditkemudi oleh Lee Jung Hyo, pengarah di sebalik drama  OCN “Life on Mars” OCN serta tvN “The Good Wife” dan ditulis oleh penulis skrip bagi siri drama “I Need Romance”; Jung Hyun Jung.

Lee Jong Suk berkata, “Saya adalah penggemar tegar karya penulis dan hasil kerja pengarah (Lee Hyun Jung, Lee Jung Hyo), jadi saya amat gembira serta berbesar hati dapat bekerja bersama mereka.”

Beliau turut menambah, “Saya juga sangat teruja untuk membawakan genre komedi romantis buat kali pertama. Kerana [‘Romance Supplement’] mempunyai tekstur yang sangat berbeza dari drama yang pernah saya bintangi sebelum ini. Jadi saya fikir ini peluangnya untuk menunjukkan sisi baru saya sendiri yang berbeza daripada apa yang saya tunjukkan sebelum ini. “

Berita gembira ini turut dikongsi tvN dan agensi Lee Jong Suk; A-Man menerusi laman instagram masing-masing. Kami tidak sabar menantikan kemunculan semula Lee Jong Suk di kaca TV selepas dramanya “While You Were Sleeping” (SBS). Bagaimanapun, drama pendek beliau “Death Song” (SBS) masih belum diketahui tarikh penayangannya. Lee Jong Suk juga merupakan Popular Actor bagi kategori popular menerusi drama “While You Were Sleeping”  di Anugerah CariKdrama 2017 (6th CariKdrama Awards) selepas lima tahun dicalonkan dalam kategori yang sama.

https://www.instagram.com/p/BoQMsezg2xd/?hl=en&taken-by=tvn_joy

https://www.instagram.com/p/BoQDdnXAYPQ/?hl=en&taken-by=tvndrama.official

https://www.instagram.com/p/BoQFJsNnjqg/?hl=en&taken-by=amanproject2018

Sumber : mydaily

loading...