ELF Malaysia pastinya teruja dengan pengumuman baru-baru apabila SUPER JUNIOR- D & E akan berkunjung ke Kuala Lumpur buat pertama kali untuk siri jelajah SUPER JUNIOR-D & E CONCERT [THE D & E] di KUALA LUMPUR”. Sejak dari itu, penganjur telah dihujani dengan ribuan mesej dan panggilan telefon bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan konsert ini.
MIC Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa penjualan tiket secara Offline SUPER JUNIOR- D & E CONCERT [THE D & E] di KUALA LUMPUR akan diadakan di Sunway Velocity Mall (Tingkat 5) pada 13 April 2019 ini dari 10 pagi hingga 5 petang. Setiap peminat terhad untuk membeli 8 keping tiket seorang.
Jualan tiket secara dalam talian akan bermula pada hari berikutnya iaitu 14 April mulai jam 10 pagi menerusi https://premier.ticketcharge.com.my/. Penjualan tiket menerusi agen yang dilantik juga akan mula dijual pada 14 April, jam 10 pagi.
Dianjurkan oleh MIC Entertainment, SUPER JUNIOR-D & E CONCERT [THE D & E] di KUALA LUMPUR akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 4 Mei 2019 (Sabtu) pada jam 4.30 petang. Tiket-tiket berharga RM 688 (ROCKZONE), RM 588 (VIP – Number Seated), RM 488 (CAT 1 – Number Seated), RM 388 (CAT 2 –Number Seated) dan RM 238 (CAT 3 – Number Seated), tidak termasuk RM4 sebagai bayaran pemprosesan setiap tiket.
Super Junior- D & E (juga dikenali sebagai Donghae dan Eunhyuk, D & E atau SJ-D & E) adalah sub-unit kelima bagi kumpulan lelaki popular Korea Selatan Super Junior. Ditubuhkan oleh S.M. Entertainment pada tahun 2011, kumpulan tersebut terdiri daripada dua orang ahli Super Junior: Donghae dan Eunhyuk. Kedua-duanya memulakan perjalanan D & E pada 16 Disember 2011, dengan single digital pertama mereka “Oppa, Oppa”.
Super Junior D & E akan kembali dengan mini album ketiga mereka “DANGER” yang akan dilancarkan pada 14 April 2019 pada jam 6.00 petang KST. Paling istimewa, Malaysia akan menjadi negara pertama (luar dari Korea Selatan) untuk menyaksikan persembahan mereka menerusi album terbaru ini. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ‘follow’ laman sosial media MIC Entertainment ini:
Facebook : MICEntertainmentGroup
Instagram: @MIC.Entertainment
Twitter: @MICEntertainme1
Weibo: MIC_EntertainmentGroup