Edisi pelamin anganku musnah: Bekas tunang Park Yoo Chun disyaki pengedar dadah mungkin bukan anak chaebol

Semalam, bergegar industri kpop sekejap dengan pendedahan oleh wartawan Donga tentang penglibatan bekas tunang Park Yoo Chun, Hwang Hana di dalam aktiviti pengedaran dadah setelah semakan afidavit mahkamah mendapati seorang pelaku merangkap pelajar kolej, Cho Moo menamakan Hwang Hana sebagai pembekal dadah jenis syabu.

Walaubagaimanapun, menurut Donga,  setelah hakim Seoul Central District Court mensabitkan Hwang Hana atas kesalahan membekalkan dadah kepada Cho Moo, Hwang Hana dikatakan terlepas dan tak menerima hukuman pun. Malah, hanya Cho Moo saja disabitkan dengan hukuman penjara 2 tahun setengah dengan tiga tahun tempoh percubaan (‘probation’). Hwang Hana pula dilihat bebas berkeliaran menghina bekas tunangnya, Park Yoo Chun melalui media sosial pada 18 Februari 2019 lalu.

Perlepasan Hwang Hana dikatakan berkait dengan statusnya sebagai anak chaebol menjadi sebab dia tak dikenakan hukuman. Tapi lebih mengejutkan selepas sekian lama Hwang Hana diberitakan sebagai cucu kepada pemilik CEO Namyang Dairy Company, baru hari ini wakil syarikat tersebut menafikan bahawa Hwang Hana dimaksudkan ini langsung tak berkenaan dengan pekerja atau pengarah organisasi mereka. Hwang Hana dalam syarikat ini dikatakan ialah menantu kepada presiden terhormat Hwang Doo Young, salah seorang pengasas Namyang Dairy.

“Hwang Hana (tertuduh) dan keluarganya tak bekerja atau mempunyai saham di syarikat kami. Syarikat kami tak terbabit langsung apa-apa mengenai perlepasan tertuduh, ” kata wakil syarikat tersebut.

Jadi, siapakah Hwang Hana sebenarnya? Kenapa Park Yoo Chun pernah menaruh hati padanya sehingga mereka hampir hendak dikahwinkan sewaktu pelakon tersebut sedang disiasat atas kesalahan merogol pelacur? Adakah Hwang Hana ini hanya sekadar kambing hitam untuk meredakan bahang kes tuduhannya di mahkamah buat sementara walaupun kemudiannya Park Yoo Chun terbukti tak bersalah?

Sumber: ytn , hankyung

loading...