Sekitar 23 hingga 31 Mac yang lalu, Seven Edu, pangkalan didikan matematik atas talian untuk pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah bawah, melakukan kajian ke atas 1513 orang secara rawak dan mendapati Kang Daniel diundi sebagai bintang Korea paling banyak sekali untuk ditipu berulang-ulang kali sempena April Fool hari ini.
Kang Daniel meraih undian sebanyak 75.9%, disusuli dengan Park Bo Gum (19.4%) dan Yoo Jae Suk (2.2%).
Menurut Chae Gil Young daripada Seven Edu, “Apa kami simpulkan, Kang Daniel mempunyai aura di atas pentang dengan keplbagaian tarian dan karisma, tapi secara luarannya, dia mungkin seorang yang nakal dan lurus.” Atas sebab ini, netizen melihat Kang Daniel sebagai orang yang disangka oleh mereka untuk dikelentong berulang-ulang kali sempena ‘April Fool’.
Kang Daniel kini sedang berseteru dengan pihak pengurusannya sendiri atas banyak perkara terutamanya pelancaran dirinya sebagai artis solo dan hak kawalan terhadap laman sosial media.
Sumber: IS Plus , sport seoul