Hwang Minhyun ‘Wanna One’ kembali memberikan nafas baru buat NUEST

 

NUEST sudah lama menapak di dalam industri muzik Korea sebagai kumpulan idol sebelum Wanna One tertubuh lagi. Salah seorang ahlinya, Hwang Min Hyun telah menandatangani kontrak dengan agensi Swing Entertainment dan CJ E&M untuk berkhidmat sebagai ahli aktif Wanna One selama dua tahun yang berakhir pada Disember 2018 serentak dengan kemenangannya di dalam program realiti tv pada masa itu, Produce 101. Manakala, NUEST pula bergerak aktif dengan nama baru, NUEST’W bagi mempromosikan aktiviti mereka tanpa kehadiran Hwang Min Hyun.

Hari ini tercatat sejarah dengan kembalinya Hwang Min Hyun ke dalam kumpulan asalnya, NUEST sekaligus memberikan nafas baru. Ikatannya terhadap NUEST masih lagi  kuat memandangkan mereka sama-sama debut sekian lama dahulu, maka keputusan untuk bergerak solo seperti dilakukan oleh Kang Daniel, Yoon Ji Sung, Park Ji Hoon, Ong Seung Woo dan Lai Kuan Lin tidak diambil oleh Hwang Min Hyun di samping terikat dengan kontrak.

Dari atas kiri: Baekho, Aron Dari bawah kiri: Ren, JR, Minhyun

 

Dalam satu paparan imej dikeluarkan oleh NUEST menerusi wakil agensi mereka, Pledis Entertainment, kelima-lima ahli dilihat bergambar antara satu sama lain dan bersedia untuk menggembirakan peminat mereka, L.O.Λ.Es selain Wannables yang bersatu hati setelah terbubarnya Wanna One. Baekho menunjukkan imej seksinya dengan mukanya memandang tepat pada kamera manakala Aron pula berdiri dengan postur badan yang sempurna bertepatan dengan reben terselit di celah tuxedo hitamnya.

Ren dilihat sedang memandang sesuatu di udara seakan-akan membayangkan perasaan misteri manakala JR atau dikenali sebagai Kim Jong Hyun tampil mempesonakan di hadapan kamera dengan wajah yang segak dan tampan. Akhir sekali, Hwang Min Hyun atau nama ringkasnya, Minhyun tampak berkarisma dengan kedua-dua tangannya dipangkukan ke belakang.

Peminat berasa teruja dengan gambar-gambar baru itu dan berharap NUEST akan lebih maju dan aktif berbanding dahulu.

Sumber: OSEN

loading...