Bekas gitaris Royal Pirates; James Lee akan bertemu peminat di Malaysia

James Lee Joo Hyun, bekas pemain bass kumpulan indie Royal Pirates akan bakal datang ke Kuala Lumpur untuk sesi bertemu peminat “THE LIGHT” Live In Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Universal Music Malaysia.

Pasti ramai yang mengenali jejaka tampan yang fasih berbahasa english ini kerana ini adalah kunjungannya kali kedua. Kali pertama berkunjung ke Malaysia semasa beliau masih lagi bersama dengan Royal Pirates pada tahun 2015. Ketika itu mini konsert jelajah mereka bukan saja tertumpu di Kuala Lumpur malah peminat di Borneo juga berkesempatan bertemu mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

Dikesempatan ini, James akan menemui peminat sempena pelancaran mini album “THE LIGHT”. Mini album ini sepenuhnya ditulis dan dihasilkan  sepanjang proses pemulihan setelah berdepan saat-saat hitam selepas ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan parah pada tangan kanan beliau. Kecederaan tersebut membuatkan James mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan Royal Pirates.

Kini peminat di Malaysia akan bakal berpeluang berkongsi segala pahit manis James menerusi “THE LIGHT” tersebut. Jika anda ingin dengarkan “THE LIGHT”, boleh stream menerusi link di bawah

(KLIK) THE LIGHT – JAMES LEE 

Sessi Bertemu Peminat

CAMPUS VISIT:
Date: 29 April 2019, Monday
Time: 3:30PM
Venue: UCSI University, Kuala Lumpur

Mall Showcase:
Date: 1 May 2019, Wednesday
Time: 6:00PM
Venue: LG Concourse, Berjaya Times Square, KL

Peluang untuk bertemu dengan James Lee

Beli album “THE LIGHT” di store CD RAMA yang terpilih dan anda akan layak memiliki Satu (1) Meet & Greet photo pass dan Satu (1) VIP Zone pass.

CD RAMA yang terpilih adalah :

  • Sunway Pyramid
  • One Utama
  • Mid Valley
  • Sunway Velocity

Buat yang merindui James Lee, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ikuti laman sosial Universal Muzik seperti di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut:

Universal Music Malaysia Facebook | Universal Music Malaysia Regional Facebook  

UMM Instagram (International) | UMM Regional Instagram