Mungkin ada sesuatu buruk yang berlaku pada hubungan kedua-dua pelakon popular di China ini sehinggakan Gulinazha tak mau langsung bertaut semula dengan bekas teman lelakinya, Hans Zhang setelah bercinta selama tiga tahun.
Baru-baru ini, media berjaya menangkap gambar Gulinazha yang baru keluar dari lapangan terbang dan kemudiannya, mereka mendapati Gulinazha menaiki bas untuk menuju ke destinasi di mana Hans Zhang pernah tinggal. Bermula dari situ, media menyebarkan desas-desus bahawa Gulinazha dan Hans Zhang sudah kembali menjalin hubungan mesra. Gulinazha dan Hans Zhang pernah dilaporkan mula bercinta pada awal tahun 2015 sebelum memutuskan hubungan pada tahun 2017.
Namun, Gulinazha cepat-cepat menafikan khabar angin tersebut di dalam satu kapsyen ringkas di laman weibo miliknya.
“Apa gunanya aku ambil gambar banyak-banyak selama ini kalau aku hanya pulang ke rumah selepas habis bekerja? Jangan sebarkan berita palsu,” tegas Gulinazha yang ternyata tak selesa apabila dikaitkan semula dengan Hans Zhang. Gulinazha merupakan antara pelakon beragama Islam berketurunan Uighur yang popular di tanah besar China itu selepas Dilraba Dilmurat.
Gulinazha pernah membintangi drama ‘God of War, Zhao Yun’ yang turut dibarisi oleh Yoona, penyanyi dan pelakon dari Korea dan juga ‘Fight of Destiny’ sebagai wirawati Xu Yurong yang lebih dikenali oleh peminat Cdrama di Malaysia manakala Hans Zhang pula lebih diminati dengan watak Murong Yunhai di dalam siri ‘Meteor Shower;.
Sumber: baijiaho baidu