Slot buletin utama “8 O’Clock News” sekitar jam 8.00 malam tadi, melaporkan perihal lebih lanjut tentang hubungan Choi Jong Hoon dengan pegawai polis berpangkat Penguasa Polis bernama Yoon yang pernah dimanfaatkannya untuk mengelakkan dirinya daripada disabit kesalahan memandu secara mabuk, dan menggunakan kepentingannya itu untuk menutup salah laku rakan-rakan selebriti lain di dalam laman ‘chatroom’ bersama Seungri dan Jung Joon Young.
SBS melaporkan bahawa Choi Jong Hoon telah bercakap dengan pekerja-pekerja produksi pada 2 Mac lalu menggunakan telefon bagi memaklumkan hubungannya dengan Penguasa Polis Yoon.
“Pegawai tertinggi polis? Ya betul. Saya kenal beberapa orang ,” katanya dengan penuh bangga sambil berkongsi gambar Penguasa Polis Yoon.
“Kami pernah bermain golf bersama. Saya dengar dia ditempatkan di Blue House. Dia ada pengalaman cukup besar.” Pada awal 2018, Choi Jong Hoon, Yoo In Suk (CEO Yuri Holdings), Penguasa Polis Yoon dan isterinya bermain golf bersama. Pada masa itu, Yoon bekerja sebagai pegawai penguasa tertinggi Presiden Korea, manakala isterinya pula bekerja sebagai pegawai di Malaysia, bermain golf dengan selebriti-selebriti dan hartawan. Keberangkalian pertemuan itu berlangsung di Malaysia agak tinggi memandangkan Choi Jong Hoon pernah ke Malaysia sekejap tak lama dahulu.
SBS juga turut melaporkan bahawa Choi Jong Hoon akan berkongsi tiket konsert kepada isteri Yoon sewaktu berada di Malaysia. Konsert ini disyaki merujuk pada Kwave3 Music Festival gabungan beberapa kumpulan diadakan di Malaysia pada 17 Ogos 2018 lalu kerana konsert FT Island dijadualkan di Malaysia telah beberapa kali dibatalkan sebelum tahun 2018.
“Bini dan anak-anaknya tinggal di Malaysia. Maka, apabila saya mengadakan konsert di Malaysia, saya bagi dia tiket. Saya tahu benar nombor telefonnya,” tambahnya lagi. Tiket-tiket yang diserahkan pada isteri Yoon itu adalah bertaraf VVIP dan VIP, masing-masing dkatakan berharga 210,000 won (sekitar RM 755 diselaraskan mengikut pertukaran matawang sekarang) dan 150,000 won (sekitar RM 539 diselaraskan mengikut pertukaran matawang sekarang).
Selain itu, Choi Jong Hoon turut mengakui hubungan Penguasa Polis dan Yoo In Suk (suami Park Han Byul) adalah sangat baik.
“Mereka sangat rapat. Yoo beritahu saya bahawa Yoon berada di dalam Blue House. Dia sangat berpangkat tinggi, dan boleh uruskan mereka semuanya apabila saya bagi tiket konsert kepada mereka.”
Choi Jong Hoon pernah menafikan hubungannya dengan Penguasa Polis Yoon semasa disoalsiasat pada 17 Mac lepas.
Sumber: SBS Fun E, SBS News , newsen