[Gempar] Lee Mi Sook & Son Sun Mi ‘tutup mata’ ketika Jang Ja Yeon terpaksa memuaskan nafsu seks 30 lelaki

Kematian Jang Ja Yeon akhirnya membuka lebaran baru pada tahun 2019 setelah menimbulkan tanda tanya berpanjangan selama hampir sepuluh tahun.

Hal ini kerana walaupun ianya diklasifikasikan sebagai bunuh diri, namun Jang Ja Yeon telah meninggalkan surat wasiat tentang penderaan seksual berterusan terhadap dirinya didalangi oleh bekas CEO pengurusannya, Kim Sung Hoon telah menyebabkannya mengambil tindakan membunuh diri. Dalam surat wasiat berkenaan, Jang Ja Yeon turut menamakan 30 orang lelaki yang telah memaksanya memenuhi tuntutan nafsu seks mereka  termasuklah daripada kalangan produser tv, pengarah drama korea hinggalah ke wartawan akhbar terkemuka.

Hari ini, portal Dispatch telah mengeluarkan beberapa maklumat termasuklah tangkapan imej CCTV serta dokumen lengkap yang memaparkan bekas pengurusnya, Yong Jang Ho mengiringi Jang Ja Yeon menemui Kim Jong Seong, CEO Content Manangement pada 1 Mac 2009, seminggu sebelum Jang Ja Yeon membunuh diri. Jang Ja Yeon dipercayai menyerahkan semuanya kepada Yong Jang Ho untuk membawa kesemua dokumen yang boleh memaksanya memutuskan kontrak bersama syarikat label tersebut.

Difahamkan sebelum Jang Ja Yeon menyertai CEO Content Manangement, Kim Jong Seong telah membawa Lee Mi Sook, Son Sun Mi dan Jang Ja Yeon menandatangani kontrak bersama label syarikat tersebut dan Jang Ja Yeon telah dipinta melakukan seks dengan produser drama, dan beberapa kenalan CEO berkenaan bagi membolehkan namanya tersenarai sebagai pelakon drama tersebut. Namun, menurut saksi, yakni rakan baik Jang Ja Yeon, aktress Lee Mi Sook dikatakan telah membiarkan Jang Ja Yeon tertindas walaupun mengetahui perbuatan seksual dilakukan oleh CEO agensinya terhadap Jang Ja Yeon.

Menurut surat wasiat Jang Ja Yeon yang telah terbakar padanya tapi salinannya dapat diperolehi kemudiannya,

Pada 1 Oktober 2008, Kim Sung Hoon hantar aku pada pengarah drama Ja Myung Go. Dia baru saja memasukkan Lee Mi Sook di dalam drama tersebut tetapi aku diminta untuk melayaninya dengan arak. Aku buat juga.

Kim Sung Hoon juga mengugut Lee Mi Sook, jika dia tak muncul dalam drama tersebut, dia akan merosakkan imej Lee Mi Sook.

Pada 11 Januari 2008, Aku terpaksa melayani Kim Sun Joon dan lelaki ini (Tak dinamakan). Mereka marah gila pada Song Sun Mi. Mereka kata mahu buang semua kerjanya.

Lelaki ini juga berkata aku lebih lebih cantik daripada Song Sun Mi dan berjanji akan menghubungi aku semula untuk projek seterusnya. Tapi dengan syarat, aku kena pergi ke bilik salon melayaninya dengan minuman.

Tambahan lagi,

Sejak aku menandantangi kontrak bersama Kim Sung Hoon, aku tak boleh bayangkan berapa kali aku terpaksa melayaninya. Pada September 2008, dia hubungi aku ke bilik salon dan aku terpaksa menidurinya. Pada tahun 2008 (aku tak berapa ingat), Kim Sung Hoon minum arak terlalu banyak, dan mengunci aku di dalam biliknya. Kemudian dia hentam kepala aku dan memarahi aku.

Seorang pengarah telah ke Thailand untuk bermain golf dan aku telah dibuang dalam jadual drama dan dipaksa ke Thailand bagi melayaninya. Jika aku tak menuruti mereka, mereka akan beritahu pengurus aku supaya bayar sewa kereta dengan duit aku.

Aku hidup dengan jiwa aku sebagai pelakon. Walaupun mengimpikan menjadi pelakon, aku terpaksa menghadapi penderaan seksual dan maki hamun daripada CEO Kim Sung Hoon.

Aku lemah dan tak mampu sebagai pelakon yang baru nak naik. Aku mahu keluar daripada penderitaan ini.

Portal Dispatch turut menerima keratan mesej terakhir sebelum Jang Ja Yeon menamatkan nyawanya. Mesej itu dihantar pada 7 Mac 2009 pada jam 3.34 petang.

“Aku rasa kau kena menemui ‘seseorang’  pada Isnin, 9 Mac ini. Pastikan kau kosongkan jadual pada tengah hari. Hubungi aku pagi Isnin.” – Yoo Jang Ho

Dispatch membuat spekulasi bahawa orang itu ialah producer untuk tiga cenel Big Brothers – KBS, SBS & MBC , iaitu Jung Se Ho.


Dari kiri: CEO Content Management bersama tiga selebriti termasuklah mendiang Jang Ja Yeon di bawah agensinya.
Kanan sekali: Yoo Jang Ho membawa Lee Mi Sook dan Song Sun Mi keluar dan bernaung di bawah syarikat barunya, Hoya Spotainment

Selepas memberitahu secara lanjut tentang hubungan Jang Ja Yeon dengan dua aktress berkenaan, Dispatch mengakhirinya dengan petisyen untuk melanjutkan penyiasatan dibuat oleh netizen terhadap Blue House yang telah memungut sebanyak lebih 600,000  tandatangan. Aktress Goo Hye Sun turut menyokongnya semalam menerusi kemaskini di laman instagram nya sambil mengingati 10 tahun kematian Jang Ja Yeon. Goo Hye Sun merupakan pelakon utama drama KBS Boys Over Flowers yang turut dibintangi oleh Jang Ja Yeon sebagai pelakon pembantu.

Menurut laporan terkini, presiden Korea, Moon Jae In telah berkenan untuk melanjutkan tempoh penyiasatan kes kematian Jang Ja Yeon yang sepatutnya berakhir pada Mac 2019.

Sumber: Dispatch (partnership with koreaboo), tv report

loading...