Menurut laporan YTN, Choi Jong Hoon FT Island telah mempergunakan hubungan baiknya dengan seorang polis bagi mengelakkan dirinya ditahan pihak polis walaupun didapati bersalah kerana mabuk memandu.
Berdasarkan laporan asal, Choi Jong Hoon telah ditahan oleh pegawai polis dari balai Seoul Yongsan pada Mac 2016. Pada masa itu, beliau telah disahkan menjalani ujian alkohol dan didapati mengandungi 0.05% alkohol di dalam darahnya. Kemudian, Choi Jong Hoon telah dilaporkan meminta pihak polis untuk menutup kesnya supaya ianya tak terdedah kepada media. Choi Jong Hoon juga dikatakan dengan penuh bangga sekali berkongsi kegembiraan dan keistimewaan yang diperolehinya itu di laman ‘chatroom’ yang turut dihadiri oleh Seungri dan Jung Joon Young. Sebelum ini, sebilangan netizen menamakan ‘Encik Choi’ di dalam laman ‘chartroom’ KakaoTalk itu sebagai Choi Jong Hoon walaupun agensi FT Island, FNC Entertainment menafikannya dan memaklumkan Choi Jong Hoon hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis.
Akibatnya, pihak polis telah mengumumkan bahawa mereka sedang mencari persangkutan antara Choi Jong Hoon dengan pegawai polis atasan, serta samada Choi Jong Hoon, Seungri dan Jung Joon Young menggunakan hubungan baik mereka dengan polis bagi menutup kesalahan mereka yang terbabit dalam aktiviti pelacuran tak berdaftar, penyeludupan dadah dan sebagainya.
Sumber: news chosun, YTN