Kang Ji Hwan kembali semula menerajui drama sageuk selepas 11 tahun

Tak terlalu lama berehat sejak membintangi drama KBS Feel Good To Die, Kang Ji Hwan sedang menimbang drama terbaru terbitan TV Chosun bercirikan ‘time-travel’,iaitu “Joseon Survival” yang digandingkan bersama Kyung Soo Jin. Ini merupakan drama sageuk pertama Kang Ji Hwan sejak 11 tahun yang lalu, kali terakhir menerusi SBS Hong Gil Dong, The Hero tulisan Hong Sisters.

Kang Ji Jwan akan membawakan watak editor akhbar Chosun Ilbo bernama Jung Ki yakni merupakan seorang bekas atlet memanah negara yang pernah mengimpikan untuk memenangi pingat Olimpik. Pada suatu hari, beliau bersama-sama kekasih hati dan adik perempuannya terjerumus ke zaman dinasti Joseon pada tahun 1529. Bagi meneruskan hidup di zaman itu, Jung Ki bertemu dengan Lim Jung Jung, dengan kedua-duanya beriltizam untuk melindungi gadis yang dicintai mereka daripada diserang musuh. Manakala, Kyung Soo Jin pula akan memegang watak sebagai anak chaebol merangkap doktor yang telah bekerja selama tiga tahun di unit kecemasan. Tidak dipastikan samada dia juga akan tercampak ke zaman lampau mengikuti Jung Ki.

 TV Chosun ‘Joseon Survival’ yang bakal mendapat sutradara Jang Yong Woo (“jtbc D-Day”,”MBC Hotelier”) sebagai pengarah projeknya dan Kim Sang Ji sebagai penulis skrip, bakal disiarkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: newsen , IS Plus , xsportnews

loading...