Go Ahra terseliuh sehingga dikejarkan ke hospital; Penggambaran mungkin terpaksa ditangguhkan

Aktress Go Ahra dilaporkan telah tercedera sewaktu mengadakan penggambaran drama SBS ‘Haechi’ sebentar tadi.

Beliau telah dikejarkan ke hospital dengan ambulan sebaik saja mengalami kesakitan pada buku lalinya, dan mengambil MRI bagi tindakan kecemasan selanjutnya.

“Setelah mengambil MRI, saya dapati ligamen buku lali telah terkoyak. Akibatnya, saya terpaksa dipindahkan ke hospital lebih besar untuk menerima rawatan susulan , ” kata Go Ahra menerusi agensinya.

“Kami akan maklumkan keputusan selanjutnya selepas memeriksa ujian kesihatan Go Ahra di Seoul ,” beritahu agensinya selepas ditanya kemungkinan untuk menjalani penggambaran drama seterusnya.

Go Ahra memegang watak sebagai tukang penyiasat terunggul, Yeol Gi yang membantu putera raja Lee Geum (lakonan Jung Il Woo) mereformasikan institusi kerajaan di sebalik penyamarannya sebagai biarawati tokong. SBS ‘Haechi’ menerusi ONE HD Ch393 jam 8.15 malam setiap Selasa dan Rabu. “Haechi” akan bersiaran di tv Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea. 

Sumber : spotvnews , tv report

loading...