Produk Korea semakin laku keras di seluruh dunia

Tahukah pembaca bahawa produk Korea semakin laku di seluruh dunia? Produk-produk ini bukan hanya barangan elektrik Samsung atau LG, dan bukan hanya kereta buatan Korea sahaja. Menurut berita perniagaan Korea, barangan eksport atas talian Korea Selatan dalam masa setahun, telah melonjak sebanyak 25 peratus. Bukan sikit ya wahai pembaca.

Data kerajaan Korea memperlihatkan peningkatan ini di sebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap barangan Kbeauty dan juga barangan Kpop. Barangan Kpop yang paling banyak di eksport adalah seperti album nyanyian sehinggakan barangan-barangan kecil seperti alat tulis dan sebagainya lagi.

Bagi barangan dagangan atas talian pada tahun 2018 mencapai 3.25 bilion Dollar dan jumlah keseluruhan kes-kes eksport barangan atas talian melonjak kepada 36% mencecah 9.61 juta Dollar pada tahun yang sama.

Pihak Kastam Korea Selatan menyatakan pertumbuhan pesat eksport barangan atas talian ini disebabkan oleh peningkatan permintaan terhadap barangan Korea disebabkan oleh fenomena Hallyu di samping promosi yang meluas oleh jenama-jenama kedai di luar negara.

Majoriti barangan yang dieksport adalah pakaian dan kosmetik iaitu sebanyak 69% dari jumlah keseluruhan nilai eksport. Bagi pakaian sahaja memperlihatkan lonjakan sebagai 162% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah eksport kosmetik pula, bertambah sebanyak 43%. Bagi negara pula, Amerika Syarikat memperlihatkan sebagai pembeli tertinggi sebanyak 50.5%, China, Negara-negara Eropah dan Jepun.

Dengan adanya Internet dan perniagaan atas talian, pengguna tidak perlu ke Korea Selatan lagi untuk membeli belah barangan-barangan Korea kesukaan anda. Kini, semuanya di jari pembaca sahaja.

Sumber: Pulse 

loading...