“No Secret” kelahiran semula “I Can Hear Your Voice” versi China

“I Can Hear Your Voice” sebuah drama keluaran SBS dan telah disiarkan pada tahun 2013. Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk, Lee Bo Young, Lee Da Hee, Yoon Sang Hyun dan ramai lagi. Drama ini telah mendapat purata tontonan yang baik sepanjang bersiaran dan telah memenangi beberapa anugerah. Aktor Lee Jong Suk juga mula mendapat perhatian ramai sejak membintangi drama ini.

Sesuatu yang menggembirakan apabila drama “I Can Hear Your Voice” ini akan diadaptasi kepada versi China dengan tajuk “No Secret”.

Mengekalkan jalan cerita asal drama ini, ia mengisahkan seorang lelaki muda yang dapat membaca pemikiran orang lain dan kisah percintaan yang terjalin dengan seorang peguambela. Pertemuan pertama mereka terjalin sewaktu terjadinya sebuah kemalangan kereta yang mengakibatkan kematian ayah kepada Park Soo Ha (bakal dilakonkan oleh Jin Han) dan Jang Hye Sung (bakal dilakonkan oleh Qi Wei) adalah salah seorang saksi kejadian. Beberapa tahun kemudian mereka dipertemukan kembali di mana watak yang dibawakan Qi Wei kini berubah menjadi seorang peguambela.

Kombinasi fantasi-romantik dan kisah yang berlaku dalam makhamah menjadikan penceritaan drama ini lebih menarik.

“No Secret” ini akan dibintangi oleh Jin Han dan Qi Wei atau lebih dikenali sebagai Stephy Qi. Jin Han telah mendapat pujian menerusi lakonannya dalam drama “Glamorous Time” dan ramai beranggapan bahawa beliau pasti akan memberikan yang terbaik untuk drama ini.  Bakat yang dimiliki Qi Wei tidak perlu dipersoalkan lagi dan pasti juga beliau dapat membawakan wataknya dengan baik sekali. Pemilihan pelakon “No Secret” juga menepati piawaian “Noona-Dongsaeng” apabila didapati Jin Han adalah sembilan tahun lebih muda daripada Qi Wei. Nampaknya gandingan ini sesuatu yang segar dan akan menarik perhatian ramai penonton. Apa yang diharapkan agar keserasian antara kedua pelakon ini dapat dipersembahkan dengan semula jadi.

Pengambaran drama “No Secret” ini akan mula dijalankan Mac nanti. Apakah yang bakal dihidangkan kepada penonton kelak? Apakah drama ini kelak akan menjadi pilihan penonton? Apapun, penulis sememangnya akan menantikan drama ini. Apakah pembaharuan yang akan ditampilkan dalam drama ini.

Nantikan perkembangan selanjutnya mengenai drama ini.

Sumber : dramapanda

loading...