Jang Na Ra & Lee Sang Yoon bergandingan sebagai suami isteri untuk SBS VIP ?

Tahun 2019 merupakan tahun yang agak sibuk buat bekas idol bergelar pelakon ini, Jang Na Ra apabila sudah memikirkan untuk membintangi drama seterusnya sebaik saja SBS The Last Empress tamat disiarkan. Drama barunya ini juga adalah terbitan SBS yang diberikan tajuk sebagai ‘VIP’.

Jang Nara akan menjadi isteri bernama Na Jung Sun yang tampak periang di luaran tapi tertindas emosi dalamannya disebabkan sikap suaminya,Park Sung Joon yang merupakan pengurus utama kelab VIP. Na Jung Sun merupakan pembantu kelab VIP di bawah pengurusan suaminya. Watak Park Sung Joon pula dikatakan bakal dilakonkan oleh Lee Sang Yoon. Seperti juga Lee Sang Yoon, Jang Nara juga sedang menimbang tawaran lakonan diberikan padanya secara positif, menurut laporan media Donga.

Tiada maklumat lanjut tentang siapakah pengarah dan penulis skrip akan dipertanggungjawabkan. SBS VIP dijangka akan disiarkan pada awal bulan Ogos nanti.

Sumber: sport donga

loading...