Macam belangkas; kemana saja Park Bo Gum pergi, di situ juga Taehyung BTS berada

Taehyung mungkin satu-satunya ahli kumpulan BTS yang dilihat aktif berkawan dengan selebriti terutamanya daripada kalangan pelakon. Mungkin ramai tak tau, selain Park Seo Joon dan Park Hyung Sik, Park Bo Gum merupakan teman tapi mesra Taehyung sewaktu dia kelapangan daripada aktiviti promosi melibatkan kumpulannya, BTS. Mereka selalu dilihat bersama sehingga menghadirkan syak wasangka bahawa mereka pasangan ‘gay’ sedang dilamun ‘cinta’. Tapi, mengenangkan budaya korea lebih terbuka tentang hubungan persahabatan antara lelaki berwajah metroseksual terutamanya berlainan apa yang dirasai di Malaysia, ia sudah semestinya mungkin disalah anggap oleh segelintir puak netizen.

Pada 18 Februari 2019 semalam, Park Bo Gum memuatnaik gambar mesra mereka berdua di suatu kedai makan dengan kapsyen berbunyi , “Hari yang baik perlu lebih banyak” dengan simbol hati diletakkan di antaranya. Perjumpaan mereka itu dibuat susulan daripada temuduga bersama Park Bo Gum pada minggu lepas yang mahu meluangkan masa makan bersama Taehyung sambil membincangkan projek kolaboratif samada dalam bidang lakonan mahupun nyanyian. Umum diketahui bahawa Park Bo Gum sudah pun debut sebagai penyanyi pada bulan lepas di Jepun.

Taehyung berkenalan rapat dengan Park Bo Gum sejak mereka bertukar-tukar nombor sesama sendiri selepas Park Bo Gum menjadi hos rancangan muzik di mana kumpulannya, BTS beraksi. Taehyung mengaku dalam rancangan temu bual, ‘Celebrity Bromance’ bahawa mereka lebih suka keluar bersama kerana ngam dengan hobi masing-masing. Antaranya, mereka juga pernah menaiki go cart bersama di taman tema Lotte World dan juga dilihat meluangkan masa bersama bercuti di pulau Jeju pada tahun 2017 yang lalu.

Sumber: twitter Park Bo Gum , sport seoul , soompi

loading...