KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 dikecam teruk kerana meminggirkan sebilangan pelakon

Produksi KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 telah menerima kecaman bukan saja kerana jalan cerita yang agak merapu berbanding musim pertama, malah sebilangan pelakonnya juga dikhabarkan tak tahu-menahu bilakah mereka akan memunculkan diri di dalam drama berkenaan. Pihak produksi KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 mempunyai tabiat meletakkan kewujudan pelakon-pelakon tertentu untuk seketika bagi mengisi plot drama yang kosong dan menjadi taruhan antara watak lakonan Park Shin Yang, Jo Deul Ho dengan musuh ketatnya, Lee Ja Kyung lakonan Ko Hyun Jung.

Antara pelakon yang menjadi mangsa termasuklah Jo Dal Hwan, Lee Mi Do dan Jeong Dong Hwan. Menurut jurucakap Jo Dal Hwan dan Lee Mi Do menerusi agensi mereka J Wide Company, mereka telah diarahkan untuk mengundurkan diri. Disebabkan itu, kedua-dua pelakon itu berasa sangat malu dipermainkan oleh pihak produksi.

Dari kiri: Jo Dal Kwan, Lee Mi Do dan Jeong Dong Kwan . Gambar dikreditkan kepada OSEN.

Sebaliknya, pelakon veteran Jeong Dong Hwan dilaporkan telah memilih untuk blah awal. Manakala, pihak KBS di dalam suatu kenyataan berbeza memaklumkan berita mengenai kemunculan Jeong Dong Hwan di dalam episod 17 dan 18 adalah tidak benar.

Netizen melahirkan rasa kecewa mereka terhadap KBS Neighborhood Jo Deul Ho 2 yang berlainan daripada apa mereka bayangkan untuk siri pertama terdahulu. Selain jalan cerita yang merepek, genre yang lebih berat dan ‘timelines’ berbeza, pelakon Park Shin Yang turut mendapat perhatian kerana menerima rawatan kecemasan terhadap kesakitan pinggangnya sehingga membuatkan netizen bersimpati akan penampilannya sedikit terbongkok-bongkok di dalam drama tersebut.

Sumber: OSEN

loading...