Edisi menyulam cinta : Sejauh mana hubungan Yunhyeong iKON & Daisy Momoland?

Pada hari yang diraikan oleh para pasangan kekasih, sebuah report eksklusif dari Sports Seoul telah melaporkan Yunhyeong iKON dan Daisy Momoland sedang menyulam momen percintaan.

Sumber dari industri muzik Klrea juga menyatakan, “Song Yunhyeong dan Daisy sedang berpacaran. Hubungan diantara mereka bermula atas dasar senior dan junior, kemudian sebagai kawan sebelum keduanya dilaporkan berkasih sekitar tiga ke empat bulan lepas. Seperti pasangan kekasih lain, mereka juga turut menikmati momen percintaan bersama sekiranya tidak terikat dengan sebarang aktiviti.”

Sumber lain turut memberitahu, “Perhubungan mereka dalam pengetahuan penggiat seni dalam industri hiburan. Keduanya jarang bertemu dek tuntutan kerja yang sentiasa perlu dipenuhi, namun keduanya saling memberi sokongan antara satu sama lain. “

Mengulas lanjut perkara ini, wakil dari MLD Entertainment berkata, “Setelah berita ini dilaporkan oleh pihak media dan menjadi perbualan hangat, kami kini dalam proses mendapatkan kesahihan serta kepastikan akan perkara tersebut dengan artis kami.”

Apapun, nantikan perkembangan perkara ini selanjutnya.

Sumber : Naver 1 | Naver 2

loading...