Watak angkasawan ‘City of Stars’ menjadi milik Byun Yo Han, bukan lagi Hyun Bin

Ingat lagi tak projek drama fiksyen sains di mana Hyun Bin ditawarkan watak angkasawan buat pertama kali pada tahun 2016?

Menurut laporan media, projek ini masih diteruskan dengan watak utama diserahkan pada Byun Yo Han pula. Byun Yo Han yang baru kali pertama menerajui drama, dikatakan menyetujui tawaran tersebut setelah mempamerkan lakonan mengujakan menerusi tvN Misaeng, SBS Six Flying Dragons dan tvN Mr. Sunshine.

‘City of Stars’ berkisarkan tentang anak-anak muda yang berazam menyertai misi ke angkasa lepas bagi mencari sumber tenaga baru untuk bumi. Kos produksi drama dijangka menelan puluhan billion won. Pengarahnya, Jang Jin sudah pun mendapat pelaburan sebanyak jutaan dolar daripada syarikat bertempat di Hong Kong dengan hak penyiaran sudah pun terjual di tiga puluh buah negara.

Byun Yo Han akan memegang watak sebagai juruterbang bernama Yoo Dong Ha. Semasa berkhidmat dengan Air Force, Yoo Dong Ha mengalami klaustrofobia (‘takut berada dalam tempat tertutup’) sehingga menyebabkan gagal mengemudi kapal terbang. Namun, disebabkan dia mahu menyertai misi ke angkasa lepas, Yoo Dong Ha gigih menjalani latihan yang keras bagi membolehnya dirinya terpilih.

Drama ini akan menjalani penggambaran bermula Mac 2019 setelah pihak produksi selesai menyiapkan pemilihan pelakon dan krew yang terbabit. Setakat ini, hak penyiaran masih menjadi rebutan dalam kalangan cenel-cenel Big Brothers (KBS, MBC dan SBS) selain cenel-cenel kebel yang dikatakan juga berminat.

Sumber : IS Plus

https://kmania.info/2016/12/23/hyun-bin-jadi-angkasawan-dalam-drama-fiksyen-sains-terbaru-city-of-the-stars/