‘SKY Castle’ benam rekod tontonan tertinggi ‘Goblin’

 

‘SKY Castle’ kini semakin hampir ke pengbujungnya. telah pun melabuhkan tirai Dua episode terakhir akan disiarkan pada 25 dan 26 Januari. telah disiarkan semalam (Sabtu). Drama keluaran JTBC ini terus berdiri dengan gahnya.

Data yang dibekalkan oleh menunjukkan Nielsen Korea bagi episode siaran pada 19 Januari mencatatkan purata tontonan  sebanyak 22.3 % iaitu 2.4% kenaikan dari episode yang lepas (19.9 %)  Angka itu telah mencatat rekod baru dalam sejarah untuk rating tontonan tertinggi bagi drama-drama kabel.

Rekod tontonan rangkaian kabel tertinggi sebelum ini dipegang oleh tvN “Goblin” sejak 21 Januari 2017. Drama itu telah mencatatkan 20.5% tontonan sekaligus memecahkan rekod untuk tontonan drama dari rangkaian kabel buat kali pertama dalam 22 tahun, dan “SKY Castle” akhirnya memecahkan rekod tersebut dua tahun kemudian pada masa yang hampir sama.

“SKY Castle” hanya mencatatkan rating tontonan sebanyak 1.7% pada episode pertamanya dan terus melakar rating tontonan yang yang berkembang baik di episode berikutnya. Drama ini terus melakar popularitinya, trending di enjin carian dan mendapat perhatian netizen di atas talian sementelah pernah heboh berkenaan skrip bocor. Bagaimanapun, pihak produksi sedang menjalankan penyiasatan terhadap perkara tersebut.

“SKY Castle” menceritakan kehidupan beberapa keluarga elit yang tinggal disebuah apartment. Merka dilihat bersaing antara satu sama lain untuk memastikan antaranya anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij. Dalam ingin menjadi yang yerbaik, mereka sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan merahsiakan kebenaran dan menggali kisah-kisah lama. Pelbagai konflik telah berlaku demi mengejar yang terbaik, kuasa, balas dendam, dan kekalkan status mereka.

Biarpun tidak dihiasi dengan pelakon-pelakon yang ‘most wanted’, ‘must watch’ drama ini terus gah mengecap populariti dengan penghasilan skrip dan pengarahan yang hebat, keberkesanan watak-watak yang dilakonkan, dan pengembangan jalan cerita yang tidak membosankan.

Episode terbaru menyaksikan konflik yang dihadapi oleh Gang Jun Sang (Jung Jun Ho), Han Seo Jin (Na Jung A) dan Kim Ju Young (Kim Seo Hyung). Perkara ini membuatkan para penonton teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku di episode seterusnya.

“SKY Castle” boleh ditonton menerusi JTBC ataupun Netflix setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam.

Sumber : Naver | Naver

loading...