Krew ‘SKY Castle’ dibawa bercuti ke Phuket sebagai ganjaran

Sempena meraikan kejayaan besar memperolehi ratings yang tertinggi sekali untuk keseluruhan drama kebel, krew-krew termasuklah para pelakon telah ditawarkan percutian lima hari ke Phuket bermula 10 Feb sehingga 14 Feb 2019 ini.

Khabarnya, pihak produksi terlalu gembira dengan rating perdana yang diperolehi yang berjumlah 22.3% mengikut cerapan Nielsen, sekaligus telah memintas rekod yang dipegang oleh drama tvN Goblin & tvN Reply 1988 sebelum ini. Mereka berkata kemasyuran jtbc ‘Sky Castle’ suatu sindrom yang tak pernah dijangka kerana drama ini hanya dibarisi pelakon-pelakon baru dan tak dikenali, lebih-lebih lagi ianya menghiasi slot perdana cenel kebel yang biasanya dalam kalangan penonton urban dan anak-anak muda.

Namun, hasil penulisan skrip, teknik pengarahan serta lakonan mengujakan telah menarik penonton beramai-ramai menyaksikan drama satira berbentuk pendidikan ini. jtbc “SKY Castle” menceritakan kehidupan beberapa keluarga elit yang tinggal disebuah apartment. Merka dilihat bersaing antara satu sama lain untuk memastikan antaranya anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij. Dalam ingin menjadi yang yterbaik, mereka sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan merahsiakan kebenaran dan menggali kisah-kisah lama. Pelbagai konflik telah berlaku demi mengejar yang terbaik, kuasa, balas dendam, dan kekalkan status mereka.

“SKY Castle” boleh ditonton menerusi JTBC ataupun Netflix setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam. Episod akhir akan ditayangkan pada minggu ini, hari Jumaat dan Sabtu waktu korea.

Sumber: news1

loading...