Drama “Encounter” drama paling berpengaruh untuk bulan Disember

Drama “Encounter” sekali lagi menjadi tempat pertama drama paling berpengaruh untuk minggu ketiga Disember di Korea. Gabungan populariti Park Bo Gum dan Song Hye Kyo telah berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton drama “Encounter”.

Kedudukan ini ditentukan dari laporan kajian “CPI- Content Power Index” yang dijalankan oleh  CJ ENM dan Nielsen Korea. Ia mengukur populariti program tv yang paling diminati dan paling diperkatakan oleh orang awam dari segi “rating” dan sosial media. Program TV yang turut mendapat perhatian ialah, “MBC- I Live Alone”, “SBS- The Last Empress”, “TVN- Memories of Alhamra” dan “SBS-Ugly Club”.

Drama “Encounter” yang berkisahkan kisah cinta antara Park Bo Gum dan Song Hye Kyo menerima sambutan yang baik dari orang ramai sejak awal lagi. Ini kerana jalan ceritanya yang menarik serta lakonan mantap dengan wajah yang kacak dan cantik menghiasi kaca tv.

Drama ini mengisahkan pertemuan romantis Song Hye Kyo seorang CEO dan pekerja biasa, Park Bo Gum yang berputik di Cuba. Mereka bertemu sekali lagi sebagai pekerja dan majikan di hotel yang sama di Korea.Hubungan mereka bakal di uji kerana kedudukan dan pangkat mereka yang berbeza. Drama ini ditayangkan di TVN setiap hari Rabu dan Khamis. Ia juga turut ditayangkan di saluran TVN Asia Ch 395 atau unifi Ch 211, 24 jam dari Korea iaitu setiap hari Khamis dan Jumaat, 9:50 malam (waktu Malaysia).

Sumber :  Naver

loading...