Oh Sunny (Jang Nara) mengundang lagi amarah maharaja maharani & Min Yura di dalam SBS The Last Empress

Di dalam episod 23 dan 24 yang berlangsung semalam, maharani Kang, maharaja Lee Hyuk dan Min Yura tampaknya berasa tak berpuas hati dengan populariti Oh Sunny (lakonan Jang Nara) yang semakin disenangi rakyat marhaen. Oh Sunny disuruh oleh maharani Kang untuk turun padang menyertainya ke sebuah kawasan membeli-belah terkemuka di Seoul, dan didapati rakyat lebih suka mengerumuni Oh Sunny berbanding mereka termasuk maharaja Lee Hyuk (lakonan Shin Sung Rok). Min Yura (lakonan Lee Elijah) yang terkejut cuba untuk berbuat sesuatu bagi menampakkan dirinya relevan di mata orang ramai.

Dalam pada masa yang sama, juga terdapat pakatan sama yang mahukan Oh Sunny diceraikan oleh maharaja Lee Hyuk  dengan menampakkan pemaisuri Oh Sunny seorang yang layak untuk dihukum. Kata mereka, “Jika kamu dapat perdayakan pemaisuri dalam masa sebulan, dan berjaya mencari kesalahan dirinya yang memperuntukkan maharaja untuk menceraikannya. Aku akan berikan segala-gala yang apa kamu mahukan.”

Episod semalam berakhir dengan Oh Sunny mengetahui identiti sebenar Na Wang Shik (lakonan Choi Jin Hyuk) sebelum ini. Umum diketahui, Na Wang Shik sedang melakukan penyamaran dengan menampakkan dirinya kelihatan seperti orang lain di dalam istana tersebut. Na Wang Shik turut menjadi ketua pengawal diraja, dengan hierarkinya yang lebih dekat dengan maharaja.

Lakonan Jang Nara turut dipuji kerana berjaya menampilkan sisi seseorang yang pada mulanya membiarkan dirinya tertindas dan akhirnya bangkit mempertahankan dirinya dengan menggunakan kuasa yang dimilikinya sebagai pemaisuri. Drama SBS The Last Empress ini dapat ditonton di cenel tempatan Astro 393 , ONE TV Asia setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 7.55 petang.

Sumber: sportal korea

loading...