Sung Joon , Do Ji Han & Shin Won Ho kena ‘enlist’ program khidmat negara

Shin Won Ho, Sung Joon dan Do Ji Han telah dipanggil untuk menyertai program khidmat negara di Korea Selatan masing-masing bermula 17 Disember (kelmarin), 18 Disember (semalam) dan 24 Disember 2018. Berita kemasukan mereka ke dalam ‘military service’ tak digembar-gemburkan sehingga lewat petang semalam yang akhirnya dimaklumkan oleh agensi hiburan yang mewakili mereka masing-masing.

O& Entertainment yang mewakili Sung Joon mengeluarkan satu kenyataan , “Sung Joon telah menyertai program latihan ketenteraan hari ini [18 Disember]. Dia akan mendaftarkan diri di pusat latihan daerah Gangwon selama lima minggu, sebelum beraksi dalam ketenteraan. Kami keluarkan kenyataan hari ini kerana permintaan daripada Sung Joon sendiri.”

Yuleum Entertainment yang bertindak sepenuhnya ke atas Do Ji Han berkata, “Do Ji Han akan sertai latihan ketenteraan bermula 24 Disember depan. Dia mahu melakukannya secara senyap-senyap tanpa sebarang upacara perpisahan.”

Dari kiri: Sung Joon, Do Ji Han dan Shin Won Ho.

Kemudian , Shin Won Ho yang lahir pada tahun 1993 ini, telah dilaporkan menyertai latihan ketenteraan sejak kelmarin lagi. Satu kenyataan dikeluarkan rangkaian peminatnya , ” Kami mahu Shin Won Ho menunaikan ‘enlistment’ selama setahun lapan bulan, dan kembali semula sebagai pelakon.”

Sung Joon merupakan pelakon sudah lama berkecimpung di dalam arena kdrama termasuklah jtbc Madame Antoine dan SBS High Society , Do Ji Han pula lebih dikenali dengan drama KBS Hwarang manakala Shin Won Ho baru saja berjinak-jinak dengan lakonan sebagai watak Koperal Jo di dalam tvn Prison Playbook.

Sumber: OSEN

loading...