Netizen Korea tampaknya lebih suka menikmati perlawanan bola sepak yang tak melibatkan pasukan negara mereka berbanding menonton drama korea. Hal ini dapat dibuktikan menerusikan cerapan ‘ratings’ yang dikeluarkan agensi Nielsen semalam yang menunjukkan perlawanan akhir AFF Suzuki antara Malaysia dengan Vietnam mendahului di tempat ke-2 dengan 18.1% di seluruh negara, dan 19.0% di Seoul. SBS membuat keputusan menggantikan siaran drama Fate and Fury dengan perlawanan akhir AFF Suzuki.
KBS My Only One tetap ke hadapan dengan ratings sebanyak 31.6% manakala MBC A Pledge To God di tangga ke-3 dengan 12.9% di seluruh negara. Drama kebel jtbc Sky Castle pula bersaing secara sengit dengan tvN Memories of Alhambra masing-masing meraih sebanyak 9.5% dan 6.8% di seluruh negara. Manakala, drama kebel seterusnya, OCN Priest dan Channel A Coffee Who Do Me A Favor berada dalam kedudukan ratings yang agak rendah
Perlawanan akhir AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam semalam menyaksikan skuad bola sepak Malaysia di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe tumpas kepada pasukan Vietnam di bawah pimpinan jurulatih Korea, Park Hang Seo dengan kelebihan mata 1-0 dan jumlah agregrate keseluruhan , 3-2.
Sumber: kmib