2018 semakin menemui penghujungnya. Dengan hanya berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi, para profesional dalam bidang hiburan Korea seperti pengarah, penerbit, syarikat produksi dan syarikat perhubungan awam telah memilih drama terbaik, pelakon terbaik serta pelakon baru terbaik.
Satu kaji selidik yang dijalankan oleh media Korea – News1, seramai 25 wakil dari industri hiburan Korea diminta untuk memilih drama serta pelakon terbaik yang telah memberikan persembahan yang luar biasa pada pengamatan mereka. Ternyata kaji selidik ini menemui mereka yang pakar, kerana mereka sangat berpengalaman dalam bidang ini.
Nampaknya drama tvN ‘Mr. Sunshine’ bukan sahaja mencuri perhatian penonton bahkan turut mendapat reaksi sama dengan mereka yang berada dalam industri. Mereka telah memilih Lee Byung Hun dan Kim Tae Ri sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik tahun 2018 atas persembahan cemerlang mereka membawakan peranan masing-masing sebagai Choi Eugene dan Go Ae Shin.
Wakil industri turut menyatakan kehebatan pelakon senior, Lee Byung Hun tidak perlu disangkal lagi biarpun ini drama pertamanya dalam tempoh sembilan tahun. Aktor itu juga dilihat paling bersinar tahun 2018 apabila menjadi pilihan utama kaji selidik yang dijalankan dan turut melakar beberapa kemenangan termasuk anugerah Daesang di Asia Artist Award 2018 serta Pelakon Lelaki Terbaik di 2nd The Seoul Award.
Namun bagi kategori drama terbaik pula, drama tvN ‘My Ahjussi’ lakonan IU dan Lee Sung Gyun berada dikedudukan pertama meninggalkan ‘Mr. Sunshine’ ditempat kedua. ‘My Ahjussi’ juga turut merangkul drama terbaik di 2nd The Seoul Award. Drama ini berkisarkan tentang rona-rona hidup sekeluarga adik-beradik dalam menempuh kepayahan dan bagaimana mereka menjadikannya suatu kegembiraan. Nampaknya, dua drama dari kabel tvN berjaya mendapat perhatian ramai.
Selain itu, persembahan lakonan Cha Eun Woo dari kumpulan ASTRO dalam ‘My ID is Gangnam Beauty’, sekali lagi mencuri tumpuan apabila dipilih sebagai pelakon baru lelaki terbaik. Wakil industri berpendapat Cha Eun Wo punya potensi untuk berkembang menjadi pelakon yang baik. Manakala Kim Tae Ri juga turut dipilih sebagai pelakon baru wanita terbaik.
Berikut adalah senarai pilihan mereka yang professional.
Actor of the Year
Lee Byung Hun (8 undian)
Park Seo Joon (3 undian )
Jung Hae In, EXO’s D.O., Lee Sun Gyun, So Ji Sub, Kam Woo Sung (masing-masing 2 undian)
Park Bo Gum, Lee Min Ki, Shin Ha Kyun, Joo Ji Hoon (masing-masing 1 undian )
Actress of the Year
Kim Tae Ri (6 undian)
Kim Nam Joo (5 undian)
Son Ye Jin (4 undian)
IU (3 undian)
Han Ji Min (2 undian)
Park Min Young, Yum Jung Ah, Jung In Sun, Nam Ji Hyun, Shin Hye Sun (masing-masing 1 undian)
Rookie Actor of the Year
ASTRO’s Cha Eun Woo (8 undian )
EXO’s D.O., Jang Ki Yong (masing-masing 4 undian )
Jung Hae In (3 undian)
Woo Do Hwan, INFINITE’s L, Lee Kyu Hyung, Song Geon Hee (masing-masing 1 undian )
Rookie Actress of the Year
Kim Tae Ri (6 undian)
Park Se Wan (3 undian)
Lee Seol, Jin Ki Joo (masing-masing 2 undian)
Shin Hye Sun, Seo Eun Soo, Chae Soo Bin, Seol In Ah, Lee Soo Kyung (masing-masing 1 undian)
Drama of the Year
tvN’s “My Ahjussi” (9 undian)
tvN’s “Mr. Sunshine” (6 undian)
JTBC’s “SKY Castle” (3 undian)
OCN’s “The Guest,” tvN’s “100 Days My Prince” (masing-masing 2 undian)
tvN’s “Life,” OCN’s “Life on Mars” (masing-masing 1 undian)
Antara wakil industri hiburan yang telah menyertai kaji selidik ini adalah seperti berikut:
Kang Byung Taek (chief producer at KBS), Kim Da Ryung (Chorokbaem Media), Kim Dong Up (Fly Up Entertainment), Kim Seung Mo (chief producer at MBC), Kwon Young Joo (The TikTok), Kwon Kye Hong (chief producer at KBS), Namgoong Sung Woo (producing director at MBC), No Yoon Ae (Y Tree Company), Moon Bo Hyun (KBS drama division), Moon Seok Hwan (Bon Factory), Park Jin Hee (PRJ), Park Jae Bum (chief producer at MBC), Park Ho Shik (chief producer at Studio Dragon), Sung Hyun Soo (Noon Company), Son Jung Hyun (producing director at SBS), Shin Hyo Jung (Partners Park), Shim Young (Shall We Talk), Yang Hyun Seung (UL Entertainment), Yoo Hyung Suk (Yooborn Company), Lee Myung Woo (producing director at SBS), Lee Jin Sung (King Kong by Starship), Jang Doo Bong (BS Company), Jo Shin Young (StoryRhyme), Choi Jon Ho (HODU&U Entertainment), and Hong Min Ki (KeyEast).
Jikalau mereka yang pakar telah membuat pilihan terbaik seperti di atas, siapa pula yang terbaik pada pandangan anda?
Sumber : Naver