Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2018 siri ke-3 di Hong Kong baru saja berlalu sebentar tadi dengan BTS diraikan kemenangan bersejarah untuk dua anugerah daesang, Album of The Year dan Artist of The Year. Pencapaian ini sangat membanggakan buat mereka di tanah air sendiri setelah lebih lima tahun menceburkan diri sebagai anak seni.
Tapi, yang membuatkan netizen bertambah emosional apabila ucapan yang diberikan oleh Kim Seok Jin, salah seorang ahli BTS sewaktu menerima trofi Artist of The Year, menceritakan tentang kepayahan mereka hadapi adakalanya telah menyebabkan mereka terfikir untuk berpisah (membubarkan kumpulan secara rasmi) kerana menyangka tidak dapat memberikan karya yang betul-betul memuaskan hati. Namun, sokongan peminat yang kuat terhadap karya mereka telah mematikan terus fikiran tersebut.
Menghabiskan ucapannya, Kim Seok Jin berterima kasih kepada peminat mereka, ARMY, yang tetap memberikan sokongan padu di saat BTS memerlukan mereka sambil didampingi oleh enam lagi rakan sekumpulannya. Taehyung dilihat turut tidak dapat menahan sebak, dan menangis di atas pentas tersebut.
Selain dua anugerah daesang, BTS turut membawa pulang anugerah Wordwide Icon of The Year dan Best Music Video .
There’s a reason for everything, there’s a reason why bts did not disband and it was for this very moment. You guys have worked so hard, and we love you guys so much for your hard work❤️ #MAMA2018 #MAMAHongKong #BTSatMAMA_HK2018 pic.twitter.com/U2IpZQttho
— 𝗮𝗻𝗷𝗲𝗹⁷☾ (@only1seokjin) December 14, 2018
Sumber: MAMA 2018