Park Bo Gum, Song Joong Ki dan Jung Hae In diumumkan pengacara bersama MAMA 2018

      Song Joong Ki sekali lagi merangkul tugas sebagai pengacara MAMA 2018 di Hong Kong setelah melakukan tugas yang baik tahun lepas. Berita ini diumumkan melalui Twitter rasmi MAMA : @MnetMAMA . MAMA di Hong Kong akan diadakan pada  14 Disember 2018 sebagai kemuncak acara. Ianya dimulakan dengan acara pembukaan di Korea pada 10 Disember, diikuti dengan  Jepun pada 12 Disember.  Joong Ki akan menyertai 2 jejaka pelakon hangat yang lain sebagai barisan pengacara. Pengacara MAMA di  Korea ialah pelakon yang semakin popular Jung Hae In.  Manakala di Jepun , tugas mengacara akan digalas oleh “junior” satu syarikat kesayangan Joong Ki -Park Bo Gum. Semakin meriah acara anugerah tahunan muzikal yang dianjurkan Mnet ini dengan kehadiran pelakon-pelakon lelaki popular sebagai pengacara.

          MAMA adalah singkatan untuk MNET Asian Music Awards. Terdapat 18 anugerah dipertandingkan tahun ini. Antaranya artis baru terbaik (lelaki/ wanita) ,kumpulan terbaik (lelaki/wanita), penyanyi  terbaik (lelaki /wanita) serta anugerah tertinggi “Song of the Year” juga  “Artis of the Year”.  Kategori artis baru wanita terbaik agak sengit samada (G)i-dle atau anak emas baru Mnet dari Produce 48 – IZ*ONE. Undian talian mengundang 20% peratus  selain dari markah  juri dan rekod jualan. Anda boleh mengundi artis kesayangan masing – masing di http://mama.mwave.me/en/vote . Cepat-cepat tinggal beberapa hari lagi sahaja peluang anda untuk mengundi. Undian dibuka sehingga 9 Disember.

         Pada tahun ini juga MAMA menjemput artis asia yang lain serta artis antarabanga untuk turut serta. Tahun ini ianya adalah JJ Lin yang berasal dari Singapura dan bintang antabangsa tidak asing lagi- Janet Jackson.

 

Acara MAMA di Jepun juga akan turut mengira undian dari media sosial untuk Anugerah “Fans Choice 2018 ”  Anda hanya perlu twit berserta tanda pagar #MAMAVOTE dan #nama penyanyi untuk mengundi. Sila layar website MAMA 2018 untuk maklumat lanjut.

MAMA Fans Choice in Japan dan MAMA 2018 Hong Kong akan disiarkan secara langsung di  saluran TVN Asia.

Sumber : Mnet MAMA

loading...