BLACKPINK World Tour di Malaysia, bersediakah anda?

Kuala Lumpur, 30 November 2018 : BLACKPINK is coming to Malaysia.. Yeahhh! Pastinya ramai yang melonjak gembira bila mendengar berita ini terutamanya BLINKS (kelab peminat BLACKPINK) Malaysia. Penganjur yang kini menjadi sebutan ramai dikalangan pengamal media iaitu Macpiepro semakin meluaskan jelajahannya dengan menunaikan impian para  peminat K-pop di Malaysia. Kali ini dengan bangganya mereka akan menerbangkan kumpulan wanita popular di bawah naungan YG Entertainment iaitu BLACKPINK ke Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019 depan menerusi  BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR.

BLACKPINK yang mula debut pada tahun 2016 di bawah naungan YG Family ini dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa. Kumpulan ini pernah menjadi sebutan sebagai pelapis kepada kumpulan senior 2NE1 pada awal kemunculannya. Walaubagaimanapun, ianya sedikitpun tidak menggugat kumpulan ini, bahkan dengan semangat serta kegigihan ahli-ahlinya mereka semakin mengorak langkah ke hadapan. Pelbagai kejayaan telah mereka lakar, bukan hanya di Korea malah di luar negara apabila lagu mereka menduduki carta Billboard.

BLACKPINK juga kini sudah boleh berbangga kerana mereka adalah satu-satunya kumpulan K-POP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatatkan rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton dalam masa 24 jam di Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.

Berkolaborasi dengan penyanyi popular British iaitu Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’ baru-baru ini, melonjakkan lagi nama BLACKPINK dimata peminat dunia apabila mereka mendapat undian lebih dari sekali undian dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika. 

Konsert jelajah Asia Blackpink yang – [IN YOUR AREA] ini akan bakal menjanjikan  persembahan yang penuh  bertenaga dab menghiburkan kepada peminat Malaysia. Konsert ini akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2019 bermula pada jam 6 petang.

Tiket-tiket konsert berharga RM 693 (Zon BLINK), RM 673 (Zon Merah), RM 573 (Zon Kuning), RM 483 (Zon Ungu) dan RM 373 (Zon Hijau). Penjualan tiket kepada peminat akan dibuka secara rasminya pada 12 Disember 2018 pada jam 12.00 tengahari menerusi laman web rasmi MacPiepro (www.macpiepro.com)  

Dalam pada itu, MacPiepro bersama penaja utama; Mcalls telah memperkenalkan 3 pakej HITS Deal kepada para pengguna perkhidmatan telekomunikasi Mcalls. Pakej-pakej ini bertujuan untuk merealisasikan misi ‘’STRESS-FREE MUSIC’’ kepada semua penggemar muzik dengan harga yang berpatutan.

Dengan pakej ini juga, anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% untuk pembelian pertama dan 10% untuk pembelian kedua bagi tiket berharga RM 693 (Zon BLINK) dan RM 673 (Zon Merah). Sebanyak 400 tiket yang ditawarkan. Pakej ini telah dilancarkan pada 30 November lalu dan akan berakhir pada 11 Disember 2018 depan, iaitu sehari sebelum pelancaran rasmi jualan tiket pada 12 Disember 2018. Antara keistemewaan pembelian pakej ini adalah, anda secara automaticnya merupakan pemegang terawal tiket dengan kedudukan tempat yang strategik. Yang pasti tiada lagi kerisauan dan ianya sangat menjimatkan masa anda. Pakej ini boleh didapati di laman web rasmi MacPiepro dan di kedai kaunter jualan Mcalls yang berdekatan dengan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara pedaftaran Pakej HITS Deal ini bolehlah melayari https://mcalls.asia/deals/blackpink atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di talian 03-277882233 (Isnin-Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang)

https://www.instagram.com/p/Bq2U-Iuh4Ok/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=t42k58zfbqtw

Sesuatu yang ingin kami kongsikan juga adalah ketika sidang media pelancaran konsert BLACKPINK IN KUALA LUMPUR ini, para media berpeluang mendekati dan mengetahui perancangan akan datang MACPIEPRO yang akan bakal bermula  dengan konsert BLACKPINK di Kuala Lumpur. Memperkenalkan  “ÇRAZY 20’’, Malaysia bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan KPOP dan CPOP di masa depan, malahan kita juga bakal menyaksikan persembahan JPOP dan artis barat , tidak ketinggalan juga artis tempatan dengan menyediakan konsert bersekala besar dan juga solo.

Kejayaan terdahulu Macpiepro dengan penganjuran K-WAVE Music Festival sebanyak empat musim, 2018 iKON Continue Tour in Kuala Lumpur dan 2018 WINNER Everywhere Tour in Kuala Lumpur, telah memberikan keyakinan besar kepada Macpiepro untuk melancarkan “ÇRAZY 20” . Konsert BLACKPINK adalah sebagai titik mula program ini dan akan disusuli dengan konsert 3 penjuru negara iaitu Bii & Roger Yang (Taiwan), Jeno Lie (China) dan Victor Wong, Fuying dan Sam (Malaysia) yang akan diadakan di Arena Of Star pada 20 April 2019.

Barisan para penganjur Macpiepro, Mcalls dan Deeplus Asia

Beberapa persoalan telah dibualkan sepanjang sidang media berlangsung, namun KMania cuma fokus kepada konsert kpop sahaja. 

  1. Tiada ‘Press Conference’’ untuk BLACKPINK
  2. MACPIEPRO cuma akan menggunakan Stadium Malawati, Shah Alam untuk kesemua konsert yang dianjurkan. Isu keselamatan lantai ataupun peralatan stadium adalah keutamaan terpenting pengajur.
  3. BLACKPINK akan tampil secara asli tanpa mengubah penampilan pakaian.
  4. ‘SOUND-CHECK’’ pass melalui cabutan tiket bertuah dan hanya pembelian minggu pertama sahaja akan layak menyertai cabutan ini.
  5. ‘SEND-OFF’ pass juga melalui cabutan tiket bertuah tetapi yang berpeluang untuk menyertai dan menang adalah mereka yang memegang tiket ZON BLINK & ZON MERAH sahaja.
  6. MACPIEPRO bakal berkolaborasi dengan salah satu syarikat penerbangan (anda tau siapa tu..hehe)
  7. K-WAVE 2019 – senarai artis telah ada dan sekiranya anda ingin tahu siapakah artis Korea yang akan menyertainya, anda boleh saja melawati laman web rasmi Macpiepro.

Akhir kata, Kmania ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Macpiepro, Mcalls dan Deeplus Asia di atas undangan media ini dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

loading...