Jung Il Woo tamat latihan ketenteraan, kembali sertai drama baru bersama Go Ara

Welcome back, oppa! We missed you so much!

Jung Il Woo dilaporkan telah menamatkan latihan ketenteraannya pada 30 November 2018 selepas menyertainya secara senyap-senyap pada bulan Disember 2016. Beliau dilihat menemui para peminatnya yang setia menanti kepulangannya di luar pusat latihan.

Pelakon yang namanya mula melonjak naik melalui sitkom “Unstoppable High Kick”, serta drama “The Return of Iljimae”, “Flower Boy Ramyun Shop”, “Moon Embracing The Sun” dan “Cinderella and Four Knights” ini bakal kembali dengan drama baharu bertajuk “Hatch” yang bakal disiarkan di channel SBS pada bulan Februari 2019.

Hatch merupakan drama berlatar belakangkan Zaman Joseon yang mengisahkan empat orang dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk membantu Prince Lee Geum memegang takhta sebagai Raja dan sekaligus membawa perubahan kepada Joseon. Drama ini bakal menampilkan Jung Il Woo sebagai Prince Lee Geum, Goo Ara (“Miss Hamurrabi”,”Black”, “Hwarang”, “Reply 1994”), Kwon Yool (“Voice 2”, “Bring It On, Ghost”, “Let’s Eat 2”) dan Park Hoon (“Memories of The Alhambra”, “Two Cops”, “Flasify”).

Jung Il Woo akan membawa watak sebagai putera raja Lee Geum yang berkepimpinan tinggi tapi dipinggirkan kerana status dirinya dilahirkan daripada rahim ibu dari kelas terendah. Lee Geum berazam untuk mereformasikan institusi diraja Joseon dengan bantuan tiga orang yang dipercayainya iaitu tukang penyiasat terunggul, Yeol Gi (dilakonkan oleh Go Ara), cendiakawan yang bijaksana dan pemain badut yang mahir dalam ilmu pertahankan diri.

Jung Il Woo semasa ditemu ramah berkata, “Saya terlalu rindu akan dunia lakonan. Sepanjang dua tahun ini, saya tak sabar-sabar menanti detik menamatkan latihan ketenteraan kerana saya mahu kembali ke dunia lakonan.”

Drama terakhir beliau yang ditayangkan ialah “Love and Lies” pada tahun 2017 iaitu sebuah drama Thailand (lakorn) yang menjadikan beliau pelakon Korea pertama memegang watak utama dalam lakorn dan sekaligus melonjakkan populariti beliau di persada dunia lakonan di Thailand.

Well, welcome back to dramaland, oppa! 

Sumber: Naver ; sport chosun

loading...