Bapa Kim Hee Sun meninggal dunia

Bapa kepada pelakon yang memenangi Best Actress CARI Kdrama Awards tahun lepas menerusi drama jtbc Woman of Dignity, dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi di Asian Medical Centre, Seoul. Laporan juga tidak menyebut sebab kematian mendiang. Majlis pengkebumiannya akan dibuat pada 3 Disember 2018.

Sebilangan netizen meluahkn rasa simpati mereka pada Kim Hee Sun dengan berharap Kim Hee Sun tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan bapa tersayang. Kim Hee Sun baru saja selesai membintangi drama tvN Room No.9.

Takziah diucapkan buat Kim Hee Sun sekeluarga.

loading...