Langkah diambil oleh Baekhyun di laman sosialnya dikatakan mengejutkan peminat-peminatnya sebagai jawapan pada kritikan oleh segelintir netizen yang melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap EXO yang terlalu mementingkan jualan album dan anugerah diperolehi. Kritikan ini dibuat berikutan jualan album “Dont Mess Up My Tempo” masih laris di pasaran hasil sokongan peminat EXO dikenali sebagai EXO-L dan single ‘Tempo’ mula meraih perhatian pendengar.
Baekhyun bertanya kepada netizen, “Saya mahu kalian tentukan berapa banyak album sudah saya beli? Saya dah berhenti beli album sekarang.”
Baekhyun kemudian menyambung , ” Jangan beli album EXO lagi. Beli baju sejuk, cukup untuk menghangatkan tubuh kalian.. Tak perlu gusar, kita sudah capai 10 juta jualan”. Korea Selatan sekarang sedang dilanda musim sejuk, jadi pesanan itu berkemungkinan buat peminat-peminatnya yang masih gigih membeli album. Dalam masa yang sama, ahli kumpulan EXO turut menyindir netizen yang beranggapan EXO menindas peminat-peminatnya supaya terus membeli untuk kekal relevan, padahal ianya tak berlaku kerana ianya dibuat di atas inisiatif peminat mereka tersendiri.
“Dont Mess Up My Tempo” masih menduduki no.1 di carta Billboard Wordwide berturut-turut selama dua minggu, dan juga masih di tangga pertama di carta Album Gaon.
Sumber: segye