Siapa yang tidak kenal dengan IN2IT ini. Anak-anak muda kelahiran daripada satu program realiti tv – “BOYS24” telahpun menyambut ulangtahun pertama mereka dalam industri ini pada 26 Oktober yang lalu. IN2IT yang bernaung di bawah pengurusan agensi MMO Entertainment dianggotai oleh Hwang Inho, Jeong Yeontae, Kim Sunghyun, Yoo Youngdoo, Issac, Lee Inpyo, dan Han Hyunuk. Terdahulu, Kim Jinsub telah meninggalkan kumpulan ini ekoran masalah kesihatan.
Baru-baru ini, Blimey yang merupakan personaliti Youtube telah memuatnaik sebuah video berkongsi tentang mereka memperkenalkan Murtabak kepada IN2IT. Blimey yang dianggotai oleh tiga wanita Korea ini sememangnya punya pengikut tersendiri yang mana rata-ratanya peminat Korea.
Sedikit yang diperkatakan dalam video itu, Blimey memberitahu ramai pengikutnya adalah dari Malaysia. Umum ketahui, Isaac adalah kelahiran Sabah yang telah berjaya menempa namanya di Korea menerusi rancangan realiti “BOYS24” dan akhirnya terpilih untuk debut bersama IN2IT. Mereka diperkenalkan dengan makanan popular di Malaysia ini iaitu murtabak dan turut mempelajari cara membuatnya. Selain dari Isaac, tiada seorang pun yang pernah merasainya.
Untuk ketahui lanjut tentang kelakuan IN2IT yang penuh dengan humor sepanjang belajar membuat murtabak jom tonton video ini.
Korang juga boleh ikuti BLIMEY menerusi Youtube, Facebook dan Instagram untuk menceriakan hari-hari korang. Kepada IN2U, korang boleh ikuti IN2IT di Twitter, Facebook, Instagram dan juga YouTube.