Pihak Above Organizer Malaysia pada hari ini memaklumkan bahawa mereka terpaksa menggugurkan Jay Park dan Simon Dominic setelah berhadapan dengan beberapa isu yang mengekang kehadiran mereka ke Malaysia untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada lusa.
Antara isu yang diutarakan penganjur termasuklah perlepasan visa dan pengesahan tiket penerbangan yang menyebabkan mereka mengambil keputusan berat dalam satu kenyataan mereka lakukan pada hari ini. Walaubagaimanapun, Dean dan Rad Museum masih kekal dan akan menghiburkan pengunjung konsert.
Semoga dipermudahkan untuk peminat-peminat yang datang ke konsert ini lusa.
Dikemaskinikan – Dean dan Rad Museum juga turut mengundur diri dan akhirnya pihak penganjur telah memaklumkan pembatalan konsert berkuatkuasa pada hari ini.