“Saya pun kena ‘depression’, tak de lah sampai bunuh orang ” – Wheesung

 

Penyanyi R&B , Wheesung melahirkan rasa kesalnya terhadap penyakit kemurungan dibuat-buat main ekoran daripada laporan media mengaitkan tertuduh kes pembunuhan dinamakan sebagai ‘PC Room Murder’  dengan kemurungan sebagai penyebab dia bertindak untuk melakukan perbuatan tersebut. Sementara itu, mahkamah telah memutuskan untuk memerintahkan suspek menjalani rawatan penyakit mental di klinik Chungnam sebelum dia menghadapi perbicaraan.  Suspek dikatakan membunuh pekerja sambilan di ‘cyber cafe’ itu kerana wanita itu tidak berlakuan baik terhadapnya malah turut melemparkan senyuman seolah-olah berasa berpuas hati selepas melakukan perbuatan tersebut.

Kata Wheesung mengulas tentang isu tersebut , ” Saya takkan cederakan orang, semakin hari saya semakin sihat dan bertambah baik.”

Tambahnya lagi, “Perlukah saya dapat simpati dan kelebihan di atas perbuatan bodoh itu? Maafkan saya jika kasar.”

Netizen kemudiannya membalas kenyataan Wheesung tersebut , “Kami percayakan kamu. Jangan terlalu banyak berfikir.”

Suspek kes pembunuhan ‘PC Room’ yang ditangkap beberap hari lepas.

Kes pembunuhan ‘PC Room’ mendapat liputan meluas di seluruh Korea apabila beberapa selebriti seperti Oh Chang Seok, Kim Yong Jun dan San E turut menandatangi petisyen untuk memaksa hukuman lebih tegas dikenakan ke atas suspek. Setakat ini, sebanyak 750,000 petisyen telah ditandatangi.

Sumber: starnewshuffington 

https://www.instagram.com/p/BpPOToLHv-O/

loading...