Drama terbaru tvN Tale of Fairy atau dikenali sebagai Mama Fairy and The Woodcutter semakin menghampiri tarikh tayangan pada 5 November ini selepas tvN 100 Days My Husbands selesai.
Dibintangi oleh pemenang Best Actress 1st CARIKdrama Awards, Moon Chae Won, tvN Tale of Fairy berkisarkan tentang pari-pari berusia 699 tahun bernama Sun Ock Nam (dimainkan oleh Moon Chae Won dan Go Doo Shim) dari Dinasti Goryeo dan Joseon. Pada masa hadapan, Sun Ock Nam bekerja sebagai seorang barista (orang yang menyediakan minuman kopi) telah bertemu dengan dua orang lelaki yang didakwa sebagai suaminya, Jung Yi Hyun (Yoon Hyun Min) dan Kim Geum (Seo Ji Hoon) yang berkemungkinan antara mereka adalah kelahiran semula suaminya yang telah meninggal.
Dalam beberapa gambar dikeluarkan oleh produksi tvN tadi, Moon Chae Won mengunjungi kampung di mana suatu festival telah diadakan. Dia memenangi sambutan makan malam dinamakan sebagai “Gyeryongsan-dae-dae” sebagai meraikan satu-satunya hari di mana suaminya akan dilahirkan semula tanpa dia perlu menghilangkan sayapnya dan kembali semula ke syurga.
Moon Chae Won dengan berpakaian Hanbok jenis Sang Ok, berhimpun di dalam khalayak ramai sambil memegang tanglung dan mendoakan sesuatu supaya permintaannya ditunaikan. Kehadirannya di situ seperti tidak dihiraukan orang ramai kerana identitinya sebagai pari-pari.
tvN Tale of Fairy yang mendapat sutradara Kim Yun Cheol , yakni pemenang Best Director Baeksang Art Awards menerusi karyanya jtbc Woman of Dignity, akan ditulis oleh Yoo Kyung Sun yang mengadaptasinya dari webtoon nukilan Dol Bae.
Sumber: xsportnews