Nam Goong Min sebagai doktor bedah bermaruah di dalam KBS Dr. Prisoner ?

Nam Goong Min sudah pun menyatakan persediaan untuk kembali semula ke dalam industri kdrama tak lama lagi. KBS Dr. Prisoner merupakan salah satu tawaran lakonan diberikan padanya dan sedang dipertimbangkan secara positif. Nam Goong Min baru saja selesai membintangi drama SBS Undateables bersama Hwang Jung Eum beberapa bulan lepas.

KBS Dr. Prisoner berkisarkan tentang seorang doktor bedah yang terpaksa meninggalkan hospital tempat kerjanya kerana tragedi yang tak dapat dielakkan dan memohon untuk menjadi doktor di jabatan penjara. Pada masa yang sama, Nam Goong Min merancang untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku padanya sepanjang berkhidmat di hospital sebelum ini. Premis drama ini mungkin mengingatkan penonton kdrama akan drama MBC Hospital Ship di mana Ha Ji Won terpaksa meninggalkan hospital dan berkhidmat sebagai doktor bedah di atas kapal yang berlayar mengelilingi pulau-pulau.

Nam Goong Min tak pernah henti-henti menghiburkan peminat kdrama dengan berbagai-bagai gaya lakonan versatil ditunjukkannya seperti di dalam SBS The Girl Who Sees The Smells, SBS Remember dan KBS The Good Manager di mana beliau berturut-turut menerima dua kali pencalonan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards dan satu pencalonan Best Actor CARI Kdrama Awards, sebelum merangkul anugerah Best Supporting Actor tersebut menerusi drama SBS Remember. Di dalam SBS Remember, beliau melakonkan watak sebagai pembunuh sosiopat yang berselindung sebalik identitinya sebagai anak chaebol.

KBS Dr. Prisoner akan mendapat sutradara Hwang In Hyuk (“KBS Assembly” , “KBS Laurel Tree Tailors”) dan akan ditayangkan pada Mac 2019 depan.

Sumber: star.mk