6 Trivia Menarik tentang drama terbaru jtbc The Beauty Inside

Tak lama lagi kita bakal disajikan dengan drama korea terbaru berjudul Beauty Inside yang diterbitkan oleh cenel jtbc bagi slot Isnin dan Selasa.  Sedikit sinopsis berkenaan drama ini : ianya menceritakan kisah cinta Han Se Gye, seorang pelakon A-list yang mesti menghabiskan seminggu setiap bulan untuk tinggal di dalam tubuh orang lain, dan Seo Do Jae, seorang pengarah eksekutif sesebuah syarikat penerbangan ternama namun menderita prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain), tetapi hanya boleh mengecam Han Se Gye.Kehidupan  mereka berubah setelah keduanya bertemu. Kehidupan mereka berubah setelah kedua-duanya bertemu. Do Jae memerlukan khidmat Han Se Gye untuk menjadi model syarikat penerbangan yang dikelolakannya supaya dia dapat menandatangani kontrak ‘code sharing’ dengan syarikat penerbangan lain. Semasa mereka pulang menaiki kapal terbang, Han Se Gye mengalami sakit kepala tanda-tanda dia akan berubah muka kepada orang lain. Bagi mengelakkan Se Gye dimalukan, Do Jae menutup Se Gye dengan ‘blanket’ disediakan oleh pramugari dan mengusungnya keluar. Disebabkan Do Jae tak boleh mengecam muka, dia tak boleh mengingati wanita yang dibawa keluar itu ialah Se Gye yang berubah muka.
Apapun, mari saksikan 6 trivia menarik pasal drama ini.

1. Kembalinya, ratu komedi romantis Seo Hyun Jin menghiburkan peminat Kdrama

Seo Hyun Jin semenangnya dikenali dengan lakonan yang  amat mengagumkan dengan kebolehannya mengubah ‘mood’ watak dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza seperti dilakukannya di dalam drama tvN Another Oh Hae Young.  Hasilnya beliau meraih anugerah Best Actress Paeksang Art Awards, sesuatu tak dijangka dicapai olehnya. Tak cukup dengan itu, tahun yang sama, Seo Hyun Jin kembali semula dengan lakonan penuh realistik sebagai wanita gedik dan kurang matang di dalam SBS Temperature of Love akibat menagih kasih sayang dari lelaki yang lagi muda daripadanya. Kedua-duanya menyebabkan beliau meraihkan pencalonan Best Actress berturut-turut dari CARI Kdrama Awards.

Seo Hyun Jin mencuba sekali lagi untuk menghiburkan kita, kali ini dengan penampilan 100 perwatakan berbeza. Beliau tampil dengan watak seorang yang bernama Han Se Gye, pelakon diva yang sentiasa dikelilingi khabar angin, terkenal dengan  gaya lakonan “100 faces” dan 100 jenis lakonan. Han Se Gye ialah top star yang diberi nama jolokan “100-Faced Beauty” yang menderita dek kuasa magis yang boleh membuatkan dirinya berbeza di mata orang lain.

Pastinya lakonan Seo Hyun Jin ini sangat-sangat ditunggu-tunggu peminatnya!

2. Merupakan ‘remake’ asal telenovela Hollywood dan filem Korea dengan judul yang sama

Versi asal yang sebenar datangnya daripada telenovela web bersiri ditayangkan pada tahun 2012. Setiap hari apabila Alex bangun pagi, dia akan bertukar tubuh badan yang bukan dirinya tapi kekal dengan roh yang sama. Alex menceritakan perihal dirinya secara berkala di dalam ‘timeline’ Facebook demi mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan Facebook-nya. Siri ini memberi peluang kepada berbagai aktor melakonkan “Alex” dengan jiwa lakonan mereka tersendiri.

Tiga tahun selepasnya, produksi Korea mengadaptasikan siri ini dalam bentuk perfileman. Diberi judul the Beauty Inside, ia menampilkan pelakon lelaki Kim Dae Myung sebagai pereka perabot Woo Jin. Pada setiap pagi, Woo Jin akan bangkit dengan jenis tubuh manusia berbeza tak kira umur, jantina mahupun kewarganegaraan. Apabila kerapa kali melihat dirinya berbeza di hadapan cermin, Woo Jin berasa merendah diri dan sukar membiasakan diri. Namun, kehadiran Ji Soo (lakonan Han Hyo Joo) telah mengembalikan keyakinannya dan memastikan dirnya sentiasa mendekati Ji Soo walaupun berubah muka.

Menariknya, versi drama akan menukarkan watak lelaki yang sepatutnya mengalami masalah itu kepada wanita pula.  Seo Hyun Jin akan menonjolkan perwatakan yang berbagai-bagai dalam setiap minggu tersebut. Berdasarkan trailer di bawah, Seo Hyun Jin tetap kekal dengan roh dirinya sebagai Han Se Gye tapi menerusi pandangan orang lain, dia tampil dengan tubuh berbeza. Lebih teruk lagi, lelaki yang dicintainya, Seo Do Jae mengalami prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain) , watak yang di’upgrade’ berbanding adaptasi asal, menyukarkan beliau untuk mengecam Han Se Gye setiap kali mereka bertemu.
[fb_pe url=”https://www.facebook.com/jtbcdramapage/videos/%ED%8B%B0%EC%A0%801-%EB%84%A4%EA%B0%80-%EC%96%B4%EB%96%A4-%EB%AA%A8%EC%8A%B5%EC%9D%B4%EC%96%B4%EB%8F%84-%EA%B4%9C%EC%B0%AE%EC%95%84-%E3%85%A0_%E3%85%A0%E3%85%A3jtbc-%EB%B7%B0%ED%8B%B0-%EC%9D%B8%EC%82%AC%EC%9D%B4%EB%93%9C/244665402863284/” bottom=”30″]

3.  Gandingan semula Seo Hyun Jin dengan pengarah tvN Another Oh Hae Young, Song Hyun Wook

Song Hyun Wook dikenali sebagai pengarah yang mampu menonjolkan lakonan aktor dan aktres di bawah kendaliannya. Misalnya, Kim Hae Sook yang memenangi Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards menerusi lakonan sebagai ibu yang banyak songel di dalam tvN Marriage Not Nating di samping lakonan Seo Hyun Jin sebagai Oh Hae Young seperti diungkapkan sebelum ini. Selain kemahiran  memanipulasikan ‘mood’ yang suspens dalam naskah berbentuk komedi romantik, Song Hyun Wook yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards ini akan memfokuskan kepada perubahan riak muka pelakon-pelakon menjadikannya lakonan mereka kelihatan realistik.

Kerjasama kedua-duanya pastinya akan memberikan ‘expectation’ yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mungkinkah kita akan tergerak sama menghayati kesukaran dialami Hang Se Gye sepanjang mendapati dirinya terpaksa bertukar tubuh badan apabila menemui Seo Do Jae?

4. Lee Min Ki dengan imej ‘poker face’ nya sekali lagi

Tak banyak yang berbeza, watak dibawa oleh Lee Min Ki sebagai pengarah eksekutif syarikat penerbangan, Seo Do Jae mungkin mengingatkan anda pada lakonan Se Hee di dalam tvN Because This Is My First Life yang pandai belaka tetapi mempunyai ekspresi dingin ala-ala robot yang tak berperasaan. Drama ini yang turut dinobatkan drama terbaik (“Drama of The Year”) CARI Kdrama Awards pada tahun lepas telah menaikkan nama Lee Min Ki semula di dalam arena Kdrama setelah sekian lama berkecimpung dalam perfileman. Adakah Lee Min Ki akan menggayakan persona boleh menggamit perasaan anda sekali lagi?

5.  Tampilnya Ahn Jae Hyun sebagai cinta hati buat Lee Da Hae

Lee Da Hee akan menjadi Kang Sa Ra, seorang wanita dengan yang mempunyai kehidupan yang sempurna. Beliau dan Seo Do Jae adalah adik-beradik dari perkahwinan kedua ibu bapa mereka, dan Kang Sa Ra juga seorang wanita dengan penampilan cantik dan mempunyai kehebatan yang mengagumkan. Ahn Jae Hyun pula membawakan watak Ryu Eun Ho, seorang paderi yang prospektif, kehadirannya sentiasa menyenangkan orang-orang disekeliling dan beliau juga sering memberikan aura yang bertenaga. Ryu Eun Ho juga bertindak melindungi rahsia Han Se Gye sebagai teman rapatnya. Bagaimana Kang Sa Ra memastikan Seo Da Jae tak ditipu oleh teman-teman wanitanya kerana penyakit ‘prosopagnosia’ dialaminya menjadi persoalan utama selain hubungan cinta yang mungkin terjalin antaranya dengan Ryu Eun Ho.

Drama “The Beauty Inside” akan mengisi slot drama Isnin-Selasa jam 11 malam mulai 1 Oktober ini di cenel tempatan Korea. Bagi penonton antarabangsa, anda boleh menikmati tayangan menerusi Viu Malaysia.

Sumber: OSEN , Kmania1 , sport chosun

loading...