Pernah hidup sebagai gelandangan, Yoo Jae Myung mahu maju ke depan

 

Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian, begitulah pepatah yang sesuai dapat digambarkan tentang kehidupan penuh pancaroba yang pernah dilalui oleh pelakon Yoo Jae Myung semasa merantau di Seoul sebelum namanya mula dikenali oleh penonton drama.

Mengenang kembali kisah silam, Yoo Jae Myung pernah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang kocek bagi menampung hidupnya sebagai pelakon teater sehingga pada suatu masa beliau terpaksa akur tidur di rumah beratap di atas bangunan usang selama beberapa tahun.

“Saya pernah punyai impian. Jika dapat buat rumah di Seoul, hati saya sudah cukup lega.”

Sambungnya lagi, “Hidup begitu sukar di Seoul kerana saya tak punyai kenalan di dalam teater. Beberapa kali gagal ujibakat buatkan saya rasa rendah diri. Jadi, saya mengundur diri kembali ke Busan selama dua tahun sebelum dihubungi pengarah Shin Won Ho (terkenal dengan drama bersiri Reply 1997, 1994 dan 1988) untuk membintangi drama arahan beliau.”

Bermula dari situ, Yoo Jae Myung diberi peluang menjayakan watak sebagai dekan sekolah merangkap ayah kepada rakan sejiran keluarga Dok Sun yang mampu membuatkan penonton ketawa dengan air mukanya saja. Sedikit demi sedikit, nama Yoo Jae Myung mula dikenali sebagai aktor komedi menerusi lakonan sebagai boss yang tiada pendirian di dalam drama jtbc My Temper & Nam Jung Gi, juruhebah tv di dalam SBS Jealousy Incarnate dan juga seorang ayah yang kelakar di dalam jtbc Strong Woman Do Bong Soon.

“Melakonkan watak komedi sebenarnya payah. Bukan senang untuk ketawa pada waktu yang kita mahu. Seperti sepohon kelapa yang sudah reput dimakan anai-anai, saya agak khuatir jika komedi ditunjukkan boleh memecahkan harmoni. Tapi, saya rasa saya sudah buat terbaik, ” cerita Yoo Jae Myung sambil berseloroh.

Namun, Yoo Jae Myung tak terhenti di situ saja. Beliau akan pandang ke hadapan dan mencuba sesuatu yang baru. Persahabatannya dengan pelakon Cho Seung Woo sejak berkecimpung di dalam dunia teater menyaksikan mereka selalu bergandingan bersama dalam arena drama korea mahupun layar perak. Masakan kita dapat melupakan kemunculan hebat Yoo Jae Myung di dalam drama tvN Stranger / Forest of Secrets seseorang  pendakwaraya yang pada awalnya digambarkan berintegriti dan bermoral , akhirnya sanggup membiarkan dirinya terpalit sebagai ‘mastermind’ sebenar di sebalik segala-galanya tapi dari sudut lain ingin mencetuskan revolusi untuk menghapuskan korupsi. Lakonan serius sebagai Lee Chang Joon diteruskan lagi dengan watak sebagai doktor bedah Joo Kyung Moon di dalam jtbc Life, juga bersama Cho Seung Woo. Bagaimana lakonan penuh versatil dari Yoo Jae Myung dipuji keberkesanannya.

Salah satu adegan di dalam drama jtbc Life.

“Jangan putus asa.  Hidup ini bukan maksudnya berakhir di atas pentas saja. Maka, kerja keras lah, kalau tak, anda akan kecewa, ” nasihat Yoo Jae Myung kepada junior-junior yang baru berjinak-jinak di dalam industri seni Korea ini.

Yoo Jae Myung ditemui semasa sesi temuduga sempena pelancaran filem indie ‘Sinful Girl’ di festival antarabangsa Busan. Bagi sesiapa yang sudah menonton drama jtbc Live dan mahu mencalonkan Yoo Jae Myung  untuk CARI Kdrama Awards, boleh hantarkan review anda di sini.

Sumber:  hankookilbo

loading...