tvN Asia siarkan musim baru ‘New Journey To The West 5’ versi ‘Along With The “Ghosts”‘

Rancangan sukaramai Korea (variety show) yang dihasilkan oleh  Pengarah Produksi Na Young Seok (Na PD) akan kembali dengan siri popularnya “New Journey To The West”Rancangan ini akan ditayangkan secara eksklusif di tvN Asia mulai 6 Oktober ini pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam (21:00, GMT +8). Kembali bersiaran untuk musim yang kelima, ahli tetap rancangan ini yang terdiri daripada Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, Eun Ji-won, Ahn Jae-hyun dan Song Min-ho (MINO), mengalu-alukan penyertaan ahli baru, P.O (Block B). Keenam-enam mereka kini bersedia untuk menghidangkan kepada anda gelak ketawa dengan persembahan mereka dan memastikan anda ketawa tanpa henti!

Team produksi Na Young Seok yang pakar dalam memasak dan mengembara telah kembali dengan siri variety show paling terkenal setelah berehat selama setahun. Ini dibuktikan apabila rancangan “New Journey To The West” mendapat perhatian ramai sejak teaser musim terbaru yang berdurasi beberapa minit dilancarkan. Tidak seperti rancangan variety arahannya yang lain seperti  Youn’s Kitchen dan Little Cabin in the Woods, program ini tidak mempunyai  host yang memiliki kemahiran berbahasa asing yang baik, tetapi para ahli hanyalah mampu menggunakan google translate sekiranya perlu untuk  sebarang terjemahan; sering mempersoalkan tentang sudut kamera jika resolusi rendah; dan menyediakan kandungan rancangan yang tidak dijangkakan oleh orang ramai. “Penceritaan sepanjang rancangan ini yang kelakar serta penuh adalah salah satu kekuatan serta penarik siri ini kerana ianya hanya ditemui dalam “New Journey to the West” sekaligus membuatkan ramai yang ingin menonton siri ini!

Untuk empat musim sebelumnya, rancangan ini mengetengahkan unsur-unsur yang dipinjam dari novel klasik Cina “Journey To The West” dan  anime dari Jepun “Dragon Ball” untuk  mencipta watak-watak serta jalan penceritaan setiap ahli. Kini, team produksi bermain dengan watak dari filem blockbuster Korea iaitu “Along With The Gods ” dengan  menukar namanya menjadi “Along With The “Ghosts” di mana ia menjadi sabuah konsep yang baru serta menakjubkan untuk setiap ahli. Dalam teaser yang disiarkan,  Kang Ho-dong dipakaikan seperti  No-Face a.k.a. Kaonashi dari Spirited Away; Lee Soo-geun sebagai Chucky dari  filem Child’s Play; Eun Ji-won sebagai Grim Reaper  dengan dark circle yang dasyat di bawah matanya;hn Jae-hyun akan berpakaian seperti zombie China;  MINO akan menggambarkan watak Sadako dari filem seram Jepun yang popular “The Ring” dengan tambahan rambut bergulung untuk mencantikkan lagi penampilannya;  dan batu-batu P.O dalam persalinan Dracula. Semua ahli bukan sekadar mempertontonkan imej yang menarik dengan pakaian yang lucu, tetapi ia juga buat penonton tertanya-tanya tentang peranan setiap mereka dan bagaimanakah keserasian mereka kali ini.

Pengambaran kali ini dilakukan di Hong Kong dan Hokkaido. Dengan costume yang baru, lebih banyak kejutan dan gelak tawa yang bakal dihidangkan, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk menonton siaran perdana “Along With The “Ghosts”. “New Journey To The West” musim ke-5 akan disiarkan di tvN Asia dari 6 Okt (Setiap Sabtu) jam 21:00 (GMT + 8). Siaran tvN boleh didapati di Hong Kong, Singapura, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Sri Lanka. Rancangan ini turut menyediakan sari kata dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

Jom tonton teaser “New Journey To The West 5”

tvN di Malaysia boleh ditonton menerusi:


Astro Channel 395 (HD) / Astro GO

unifi tv Channel 211 (HD) / unifi playtv app

loading...