Temui selebriti Get It Beauty On The Road Malaysia Edition @ IN Festival: Influencers 2018

Rancangan popular Korea untuk siaran tvN Asia – Get It Beauty On The Road (走出韩妆教室) baru sahaja selesai penggambarannya di Kuala Lumpur. Kali ini rancangan tersebut yang dibintangi oleh Kim Jung Min dan Min telah menjemput Kaka Azraff sebagai pengacara jemputan. Sejajar dengan misi rancangan berkenaan untuk adaptasi trend K-beauty bagi memenuhi keperluan remaja di Malaysia, Get It Beauty On The Road edisi Malaysia akan menyertai IN Festival: Influencers 2018 pada 22 dan 23 September ini bertempat di KLCC Kuala Lumpur Convention Center (Hall 4&5)

Siapa yang dimaksudkan dengan influencer ini? Influencer adalah mereka yang menghabiskan sebahagian besar masa untuk mencipta atau mengendalikan kandungan untuk platform media sosial mereka, baik dalam fesyen, hiburan, ‘travel’, dan banyak lagi.

Kaka Azraff yang merupakan pelakon serta penyanyi tempatan adalah artis pertama yang bertindak sebagai pengacara bersama bagi Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia. Kaka akan muncul di Inspired Stage pada 22 September ini untuk berkongsi perihal kecantikan, gaya hidup dan tip-tip fesyen yang telahpun beliau perolehi daripada Jung Min, Min dan K-makeup artist terkenal, Kim Ki-soo.

Para peserta bagi Inspired Stage sempena IN Festival: Influencers 2018 juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa berupa beg kecantikan Get It Beauty On The Road dengan barangan menarik dari pihak penaja. Festival ini juga turut menampilkan influencer dari Korea Selatan, Singapura dan juga Thailand selain Influencer tempatan. Antara yang terlibat adalah bintang sensasi YouTube dari Korea, Ssinnim dan Mina Myong, penari dan koreografer popular Korea di 1MILLION Dance Studio, yang mana ianya salah satu sekolah tarian Korea yang paling terkenal dengan lebih 10 juta pelanggan di YouTube.

Apa lagi yang anda boleh lakukan? Mereka turut menyediakan zon selfie Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia  dengan set cover majalah, pelbagai sudut kecantikan bagi aplikasi Instagram serta pelekat tatoo terkini sebagai cenderamata kepada semua peminat “IN” Get It Beauty On The Road.

Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia adalah koloborasi antara  CJ E&M HK dan Astro, serta ia disesuaikan dengan format program kecantikan Korea yang popular, Get It Beauty , dengan meneroka trend dan tips kecantikan Korea. Untuk menambah kepelbagaian kepada rancangan ini, pada 2018 ianya telah berkembang ke Singapura dan Malaysia, dengan lebih banyak lokasi yang telah dirancangkan. Trio pengacara rancangan ini Kim Jung-min, Min (penyanyi dan bekas ahli kumpulan Miss A) dan selebriti tempatan Kaka Azraff akan membawakan anda trend-trend kecantikan di kota Kuala Lumpur dan menggabungkannya dengan elemen K-beauty yang pastinya menambat hati setiap wanita.

Get It Beauty On The Road Edisi Malaysia akan mula ditayangkan pada 24 September 2018 setiap Isnin, jam 9.00 malam di  Astro RIA (CH 104)dan untuk siaran tvN Asia akan bermula pada  25 September 2018 (setiap Selasa) jam 6:30 petang. Rancangan ini akan disiarkan dalam bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan sarikata Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Malaysia, Indonesia dan Thailand. tvN, adalah sebuah saluran di mana kegembiraan akan bermula.

Get It On The Road Edisi Malaysia telah ditaja oleh NIVEA, Laneige dan Enchanteur.

Untuk maklumat lanjut berkaitan rancangan Get It On The Road anda boleh ikuti di laman sosial tvN:

Website : tvNAsia.net
Facebook : @Ch.tvNAsia
Instagram : @tvN.Asia
Twitter : @tvN_Asia
Youtube : https://www.youtube.com/c/tvNAsiaOfficial

loading...