Paderi gila Kim Nam Gil dipergunakan detektif Kim Sung Kyun & Honey Lee dalam drama SBS terbaru?

SBS Hot Blooded Priest sedang memantapkan pemilihan pelakonnya yang dimulai dengan Kim Nam Gil, seterusnya bakal dianggotai oleh Honey Lee dan Kim Sung Kyun. Ketiga-tiga mereka masih lagi menimbangkan tawaran yang diberikan kepada mereka.

SBS Hot Blooded Priest berkisarkan tentang seorang paderi muda bernama Kim Hae Il yang mengalami masalah mental berkait dengan obsesif-kompulsif , asyik panas baran dan seringkali dicop ‘gila’ oleh rakan-rakan sepaderinya terpaksa dipergunakan dirinya oleh detektif polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua di sebuah gereja ternama. Pembunuhan paderi tua tersebut berkait dengan senario politik negara sehingga memungkinkan pembukaan unit polis tertentu demi siasatan kes berkenaan.

Kim Nam Gil akan memegang watak sebagai Kim Hae Il, seorang yang pada asalnya bekas agen risikan NIS pada sepuluh tahun lalu ditugaskan oleh pihak risikan untuk memerhatikan perhimpunan jemaah gereja yang diselaputi dengan gerakan ekstremis, salah guna kuasa dan salah laku seks. Kim Hae Il terpaksa menyamarkan dirinya sebagai paderi junior yang bermasalah dan secara kebetulannya, terpaksa merelakan dirinya dipergunakan oleh detektif polis untuk tujuan yang sama.  Park Jae Bum terkenal dengan garapan karakter utama yang mempunyai masalah mental dan autism yang pernah dilakukannya di dalam KBS Good Doctor, tetapi  banyak kali diperkembangkan bagi menyentuh elemen komedi di dalam karya beliau seterusnya.

Kim Sung Kyun merupakan detektif polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes pembunuhan paderi berkenaan. Dia telah kehilangan rakan sepasukan tiga tahun lalu dan akhirnya menjadikan Kim Hae Il sebagai teman strategiknya sepanjang siasatan tersebut. Gabungan kedua-dua pelakon ini pastinya akan membuatkan anda tertawa dengan telatah mereka, seperti kita dapat saksikan di dalam garapan sama oleh penulis drama ini di dalam KBS Good Manager atau Chief Kim.

Manakala, pelakon yang memenangi Best Supporting Actress 6th Cari Kdrama Awards lepas menerusi lakonan pelacur gisaeng Jang Nok Su ini, Honey Lee, dijangka memegang watak sebagai pengarah unit siasatan khas polis bernama Park Kyung Sun. Mempunyai kehandalan menguruskan kes berprofil tinggi, Pak Kyung Sun akan memacu unitnya ke tahap tertinggi selaras dengan sijil Seoul National Universiti dimilikinya, sehingga menimbulkan kemarahan daripada pihak pendakwaan.

Produksi SBS belum lagi menamakan sutradaranya tetapi telah pun meletakkan drama ini pada slot Februari 2019. Adakah anda menjangkakan drama ini sebaik KBS Good Doctor dan KBS Chief Kim? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: IS Plus

loading...