Lee Jong Suk jalani khidmat tentera dalam masa terdekat?

Setiap lelaki warganegara Korea diwajibkan menjalani khidmat tentera. Tidak terlepas juga mereka yang bergelar selebriti atau sesiapa jua.

Terdahulu, satu laporan eksklusif dari TV Report menyatakan bahawa Lee Jong Suk akan jalani khidmat tenteranya pada hujung bulan ini. Bagaimanapun, agensi beliau A-Man Project menafikan berita tersebut.

Pada 2 Februari, sumber dari agensi pelakon terbabit memberitahu media OSEN, “Lee Jong Suk masih lagi belum menerima notis dari pihak ketenteraan dan berita mengatakan beliau akan memasuki khidmat tentera pada 28 Februari ini adalah tidak benar.”

Agensi terbabit memberitahu, Lee Jong Suk akan menjalani khidmat tenteranya pada separuh pertama tahun ini sebagai agen khidmat awam. “Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan kereta semasa beliau disekolah menengah sehingga mengalami kecederaan ligamen atau ACL (anterior cruciate ligament). Jadi telah diputuskan bahawa beliau akan berkhidmat dibahagian perkhidmatan awam sejak dahulu lagi.”

Agensi tersebut menambah, “Lee Jong Suk bercadang untuk terus jalani khidmat tentera sejurus mendapat notis. Dengan jangkaan sebegini, Lee Jong Suk dan pihak produksi akan cuba untuk menghabiskan pengambaran drama terbaru beliau secepat mungkin.”

 

Lee Jong Suk kini sedang membintangi drama terbarunya “Romance is a Bonus Book” yang bertemakan komedi romantik dan disiarkan menerusi rangkaian tvN bersama Lee Na Young. Drama ini telah mula ditayangkan pada 26 Januari lepas.

 

Jika anda masih belum jumpa drama hujung minggu yang sesuai, boleh baca dulu 4 sebab kenapa perlu tonton drama “Romance Is A Bonus Book”.

Sumber : tv Report | OSEN | Newsen

loading...