BTS akan buat kemunculan sulung ke dalam American Got Talent

Pengaruh BTS sememangnya sudah diketahui sangat menular di seluruh pelusuk dunia. Mereka boleh dikatakan seringkali dipinta oleh producer tv di Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan ataupun sekadar berbicara dengan hos rancangan tv berkenaan seperti pernah dilakukan oleh mereka di dalam Ellen Degeneres Show, James Coden Show dan Jimmy Kimmel beberapa bulan lepas.

Kali ini, Tyra Banks seorang model, merangkap pengacara tv American Got Talent musim ke-13 telah mengumumkan di dalam twitter beliau sekejap tadi bahawa pihak produksi tv telah berjaya menjemput BTS untuk mengadakan persembahan pada minggu terakhir American Got Talent pada hari Rabu hadapan.

Persembahan khas ini susulan daripada konsert jelajah “Love Yourself” beberapa tempat di Amerika Syarikat yang sudah pun bermula 5 September 2018 semalam sehinggalah pada 6 October 2018.  Album kedua mereka, “Love Yourself : Answer” yang dilancarkan pada Mei lepas telah berjaya mendapat kedudukan no.1 di dalam carta Billboard 200, selain memungut jualan sebanyak 1.9 juta unit dalam lapan hari saja di seluruh dunia.

Sudah pasti peminat mereka di Amerika Syarikat kembali berhisteria menantikan kemunculan BTS semula di sana, baik melalui siaran dalam program tv mahupun persembahan dalam konsert jelajah.

loading...